Bapa Meninggal Ketika Sujud Anak Terus Menggantikan Tempat Imam, Ustazah Perjelas Hukum Sebenar

 


Kebetulan terlihat video lakonan seorang bapa meninggal dunia sewaktu mengimamkan solat bersama keluarga. Kemudian si anak menggantikan tempat imam, meneruskan solat beberapa rakaat lagi dengan begitu khusyuk, sehingga habis. Selepas memberi salam, si anak, si ibu, dan anak2 lain menangis mengejutkan si bapa.


Video tersebut lakonan dari Indonesia. Tak silap saya ada lakonan yang hampir sama dari Malaysia. Mungkin video klip nasyid barangkali, saya pernah tengok sekali saja, dan lupa tajuknya.


Bila baca bahagian komen, begitu ramai yg memuji-muji si anak yg kuat semangat. Si anak berusaha menyudahkan solat dengan khusyuk. Begitu juga makmum lain, tiada seorang pun berganjak. Itulah contoh anak yg soleh kata mereka.


Begitu juga dengan video2 kejadian sebenar di masjid2, ada orang yg rebah ketika solat, atau ada orang yg tidak sedarkan diri ketika sujud, para jemaah hanya akan menyelamatkan mereka setelah selesai solat. Ia benar2 terjadi.


Hakikatnya, apa yg berlaku dalam video2 tersebut sangat menyalahi kaedah fiqh. Di dalam Islam, hukum menyelamatkan nyawa lebih utama daripada meneruskan solat. Sekiranya ada di kalangan jemaah tidak sedarkan diri sewaktu sujud, makmum yg menyedarinya wajib membatalkan solat dan menyelamatkan mangsa. Mungkin dengan memberi bantuan cpr atau menghubungi paramedic sepantas mungkin boleh menyelamatkan nyawa. Bukanlah dengan meneruskan solat dan membiarkan mangsa tidak sedarkan diri begitu lama.


Walaupun membatalkan solat tidak dibenarkan tanpa sebab yg syar'ie, kewajipan menyelamatkan nyawa mengatasi hukum tersebut kerana ianya termasuk darurat. Dalam kaedah fiqh disebut “ad-Dharurah Tubihu al-Mahzurat” atau ‘darurat mengharuskan yang terlarang’.


الضَّرُورَةُ تُبِيحُ االمَحْظُورَاتِ


Maksudnya: Keadaan yang darurat itu mengharuskan perbuatan-perbuatan yang terlarang.


Pernah berlaku kejadian kebakaran di sebuah tempat di negara arab, pengawal tidak membenarkan pelajar wanita keluar dari bangunan yg terbakar kerana mereka tidak menutup aurat. Begitu ramai yg terkorban dlm kejadian tersebut akibat kefahaman fiqh yg sempit. Amat malang sekali. 


Dalam kes kecemasan seperti kebakaran, lemas, kemalangan, serangan jantung, tercekik, sawan, tumpah darah dan sepertinya, hukum menyelamatkan nyawa adalah lebih utama berbanding hukum menjaga aurat, solat dan lain2 ibadah wajib. Sebagai contoh, wanita yg sedang lemas akibat tersangkut tudungnya pada akar kayu, wajib melepaskan tudungnya demi menyelamatkan nyawa. Tidak ada istilah, "biarlah mati mempertahankan aurat" kerana Islam adalah agama yg sangat menjaga kepentingan nyawa.


Begitu juga sekiranya berlaku gempa. Bila seseorang sedang menunaikan solat dan tiba2 berlaku gempa, maka hendaklah dia lari menyelamatkan diri dan menyelamatkan ahlinya dan kembali melakukan solat apabila keadaan aman. Jangan terpengaruh dengan sinetron yang rata2 pelakonnya begitu khusyuk melakukan solat ketika gempa, puting beliung, gunung berapi dan orang yang solat tersebut tiba2 bercahaya seperti son goku, kebal dan tidak terkena bencana.


Sesungguhnya Islam bukanlah agama mistik dan metafizik. Setiap syariat Islam mengikut sunnatullah, terang dan mudah difahami. Sekiranya sesuatu perkara kelihatan bertentangan dengan akal yg waras, maka ianya bukanlah daripada ajaran Islam. Pada Islam tuntasnya sebuah sistem yang mengurus isu ummat, bukannya sebuah kepercayaan yang kabur lagi misteri. 


Sumber: Asmah Chem

Post a Comment

0 Comments