Motif Tak Terungkai, Perubahan Seorang Professor Yang Lemah Lembut Bertukar Panas Baran

 



Mangsa Norazlina Mohamed semasa meninggal dunia berumur 49 tahun yang telah berkahwin dengan pasangannya bernama Ghazalee Ahmad berumur 58 tahun merupakan seorang professor di IPTA Uitm Shah Alam.


Ghazalee Ahmad seorang lepasan Doktor Phil di Western Michigan University dalam bidang sains komputer dan mempunyai pengalaman mengajar di IPTA hampir 30 tahun.


Dia dan mangsa telah mendirikan rumah tangga 30 tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan masing-masing berumur 20 dan 24 tahun serta seorang cucu perempuan berusia 2 tahun.


Bapa Norazlina Mohamad Saeed Ramli berkata anaknya itu adalah anak sulong daripada empat beradik yang berasal dari Batu Gajah Perak yang sekarang menetap di Seksyen 19 Shah Alam selepas berumahtangga.


Ghazalee dianggap anak sendiri oleh bapa Norazlina dan dikenali sebagai seorang yang lemah lembut, baik, pendiam dan pandai menghormati orang tua, dia tidak menyangka kebimbangan anaknya Norazlina itu pernah mengadu diugut suaminya sendiri memberikan petanda sesuatu akan terjadi. 


Sebelum kejadian


Menurut bapa Norazlina Mohamed Saeed Ramli, mangsa pernah menyuarakan kebimbangannya kerana perubahan sikap suaminya yang menjadi panas baran sejak beberapa bulan lalu, dan paling mengejutkan suaminya siap membeli beberapa bilah pisau dan diletakkan di dapur seperti mahu mengancam ketenteraman Norazlina. 


Mangsa juga pernah mengadu yang Ghazalee dulu seorang yang caring tapi berubah menjadi orang tidak pedulikan hal rumah tangga, kebelakangan ini sering bergaduh mulut kerana ketidakpuasan hati Ghazalee tetapi tidak mengetahui apa masalah yang dihadapi Ghazalee.


Ghazalee juga sudah pandai memaki hamun dengan pelbagai perkataan kepada Norazlina dan selalu memberitahu mangsa tidak layak menjadi isterinya. Namun, tidak dipastikan adakah sebab itu Norazlina telah menfailkan kes penceraian pada Julai tahun lalu.


Pada hari kejadian sepatutnya mereka perlu menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan kali ketiga bagi kes penceraian mereka.


Kejadian


Pada 6 Januari 2014 pukul 5 pagi Norazlina Mohamad ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di kepala dan kelaran di leher dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri.  Kejadian itu berlaku di Hotel Prescott Klang dipercayai pasangan suami isteri tersebut cuba berbincang bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.


Namun pertemuan itu tidak berakhir seperti diharapkan apabila pasangan itu ditemui cdera parah sebelum meninggal dunia. Mereka dikatakan mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 11.45 Malam sebelumnya dan datang bersama-sama dengan menaiki Toyota Vios milik Ghazalee. 


Konflik terus berlaku selepas Norazlina dikatakan telah menfailkan kes penceraian mereka di mahkamah selepas tidak tahan dengan perubahan sikap suaminya yang baik jadi ganas. Dikatakan mereka juga sudah tidak tinggal sebumbung lagi sejak kes mereka sendiri berlangsung di mahkamah. 


Pagi kejadian kedua-dua mereka sepatutnya menghadiri kes mereka untuk sebutan kali ketiga tapi tidak disangka itu adalah saat akhir mereka hidup. Dikatakan juga mereka prepair untuk datang bersama ke mahkamah pagi tu. 


Kejadian pada jam 5 pagi itu disedari oleh seorang kakitangan hotel yang terdengar jeritan dari bilik Norazlina lalu bergegas ke bilik berkenaan. Sebaik memasuki bilik mereka pekerja itu melihat Ghazalee duduk di atas badan isterinya sambil menikam kepala Norazlina bertubi-tubi, tanpa melengahkan masa pekerja tersebut memberitahu penyelianya sebelum menghubungi polis untuk datang ke hotel tersebut.


Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata anggotanya yang bergegas ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian selepas menerima panggilan dari pihak hotel, mereka menemui mayat Norazlina yang berpakaian dalam sambil berlumuran darah di kepala dan terbaring di lantai dengan kesan tikaman dan kelaran di leher.


Dalam masa yang sama, suaminya duduk berseluar pendek dan berlumuran darah dipercayai mengelar lehernya sendiri selepas membunuh isterinya. Norazlina meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ghazalee meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. 


Bagaikan dirasuk kerana selepas menikam isterinya, Ghazalee bertindak mengelar leher isterinya hingga hampir putus sebelum mengelar lehernya sendiri. Mohd Syukor berkata mangsa cuba diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah namun disahkan meninggal dunia dalam ambulans.



Polis kemudian menemui sebilah pisau dan sebuah tukul di tempat kejadian dipercayai milik Ghazalee. Mayat dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis menjangka kes ini boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat.



Mohamad Saeed berkata kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya pada hari aidilfitri lalu, sebaik adik kepada mangsa Azlan berumur 42 tahun mengetahui berita itu dia terus bergegas pulang ke Batu Gajah bagi memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya.


Menurutnya, mangsa seorang yang manja dan rapat dengan ibu ayahnya, seluruh anggota keluarga amat terkejut dan tidak menyangka Ghazalee sanggup melakukan perbuatan ini malah ianya tidak masuk di akal langsung. 



Jenazah Norazlina tiba di rumah ibu bapanya di Kampung Bendera kira-kira pukul 8 malam dan dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Terap Batu Gajah Perak. 


Punca kejadian tidak dapat dipastikan dengan sebenarnya kenapa Ghazalee bertindak demikian, kerana menurut sumber terdekat pasangan tersebut sempat makan malam bersama anak perempuan mereka di rumahnya di Negeri Sembilan sebelum pasangan ini bertolak untuk check-in hotel di Klang bagi menghadiri sebutan kes penceraian mereka.

 



Salam takziah

Post a Comment

0 Comments