5 Anime Ini Tidak Boleh Ditonton Semasa Berpuasa, Boleh Buat Batal

 

Menonton anime untuk habiskan masa waktu puasa memang best, tapi tak semua anime sesuai ditonton masa puasa, silap-silap boleh batal puasa. Foto: Spoiler Guy

Menonton anime secara berlarutan atau kegilaan boleh menjadi cara untuk menghabiskan waktu semasa berpuasa bagi orang zaman sekarang. Cerita yang bagus, animasi yang menarik, serta pertarungan hebat yang diselit drama dan komedi boleh membuat orang leka. Tapi, hati-hatilah memilih anime yang hendak ditonton. Silap-silap, puasa anda semua boleh terbatal. 


Jika anime yang mengandungi tayangan makanan mungkin tidak menggoyahkan iman anda saat menahan lapar dan haus selama berpuasa, itu tidak menjadi masalah. Tapi, di anime, tidak hanya makanan yang boleh menggoyahkan iman masa berpuasa. Ada beberapa anime yang mengandungi unsur kekerasan, kata kotor, hingga karakter berpenampilan mencolok mata. 


Anime-anime ini mungkin menghiburkan dan menarik. Tapi, kerana kandungan dewasa di dalamnya, anime ini sangat tidak disarankan untuk ditonton selama berpuasa. Semestinya terhibur, silap-silap puasa anda boleh terbatal dan tidak dapat pahala. Amatlah rugi sudah seharian menahan lapar dan haus, kan? Anime apa yang harus dielakkan menonton semasa berpuasa? Ini senarainya!


1. Kakegurui




Anime ini berkisar tentang sebuah sekolah yang pelajarnya suka berjudi. Mereka boleh berjudi dengan mempertaruhkan apa pun, dari wang sampailah diri mereka sendiri. Pemenang akan berkuasa. Sementara yang kalah harus menjadi belalang atau pembantu kepada pemenang judi ini. 


Anime ini punya visual yang cukup menggoda kalau ditonton semasa berpuasa. Beberapa karakter di anime ini berpakaian cukup seksi. Selain itu, banyak juga karakter yang bersuara seperti diraba-raba semasa sedang berjudi.


2. Shokugeki no Soma




Tak terkejut pun kalau anime ini tersenarai. Siri ini berkisah tentang para pelajar di sekolah memasak yang dikatakan termasuk dalam golongan elit bernama Akademi Totsuki kalau kat sini panggil kulinari macam tu. Para pelajar akan mempamerkan hasil masakan terbaik mereka dan membuat orang yang memakannya seolah-olah terbang ke awan. 


Walaupun punya sifat kelakian, tapi anime ini juga mengandungi unsur mengghairahkan. Makanan dimasak ini boleh menjadi terliur kerana visualnya. Tapi, penampilan karakternya cukup menggoda. Beberapa karakter gadis berpakaian mencolok mata. Selain itu, semasa seseorang di anime ini merasai makanan yang disajikan, mereka tiba-tiba akan berpakaian mencolok mata seolah-olah makanan yang mereka makan itu menelanjangi mereka.


3. Koi to Uso





Di Jepun, ada sebuah peraturan baru yang wajib ditaati rakyatnya. Pemerintah telah menentukan jodoh setiap rakyatnya. Mereka yang sudah dijodohkan harus patuh atau dikenakan denda jika menolaknya.

Walaupun ceritanya sederhana dan menarik, kandungannya boleh menggoda iman semasa sedang berpuasa. Dalam anime ini, selalu ada babak 18 tahun ke atas yang tiba-tiba muncul. Kemesraan babak di anime ini juga boleh membuat penonton berfikiran kotor. Jadi, lebih baik menghindari anime ini semasa berpuasa.


4. Konosuba


Bukan rahsia lagi kalau genre isekai kerap diselit unsur mengghairahkan atau kandungan 18 tahun ke atas di dalamnya. Anime ini juga tak lari dari babak kotor. Tambahan lagi, anime ini juga mempunyai unsur tak boleh dicontohi, iaitu karakter seorang lelaki yang dikelilingi lebih dari satu karakter perempuan. 


Di anime ini, ada beberapa karakter yang berpenampilan terbuka. Ada juga yang mempunyai sifat kotor dan ekstrem. Contohnya, Darkness yang ternyata adalah seorang seksualiti. Jadi, anime ini berpotensi mengurangi pahala atau bahkan boleh membatalkan puasa.


5. Higehiro


Bergenre komedi romantis tidak membuat siri ini boleh ditonton bila-bila saja, bahkan semasa berpuasa. Anime ini berkisah tentang Yoshida, seorang lelaki pejabat berusia 26 tahun. Suatu hari saat dalam perjalanan pulang, dia bertemu seorang pelajar SMA bernama Sayu Ogiwara di jalan. Atas beberapa alasan, Yoshida akhirnya mengizinkan Sayu menginap di rumahnya. 


Walaupun penceritaannya bersederhana, tapi kandungannya luar biasa sangat menggoda. Di anime ini, ada beberapa adegan 18 tahun ke atas. Selain itu, ada juga adegan Sayu menggoda Yoshida supaya tidur dengannya.










Post a Comment

0 Comments