AlFatihah Genap 12 Tahun Achik Spin Pergi, Foto Terkini Isteri Dan Anak

 


Kenangan sambut anak  

Puteri Nur Sayyia binti Abdillah Murad 


Biodata Achik Spin

1. Nama penuhnya, Abdillah Murad bin Md. Shari. Dikenali sebagai Achik Spin.

2. Lahir di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Julai 1982.

3. Anak kelima daripada sepuluh orang adik-beradik.

4. Penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1998.

5. Mencipta nama di era 90-an dan awal 2000-an sebagai vokalis kumpulan Spin, bersama rakan seangkatan yang bernaung di bawah syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) seperti Siti Nordiana, Elyana dan Syura.

6. Tampil memperjuangkan genre muzik Pop, R&B dan Pop Rock, beliau pernah muncul dengan empat buah album studio bersama Spin, selain dua album kompilasi duet serta 40 buah single keseluruhannya.

7. Antara lagu hits Spin seperti Janji Kita, Mengusung Rindu, Hadirlah Mustika, Utusan Rindu, Dekat Disayang Jauh Dikenang, Malam Semakin Dingin dan Tiada Beza Disisinya.

 

Kemalangan

Pada 17 April 2010, Achik telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya. Kereta yang dinaiki oleh Achik bersama rakannya, Salihin Md. Noor, iaitu Toyota Estima XR40 (MPV) juga telah berlanggar dengan papan tanda jalan di KM 14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) susur keluar dari Pajam lebih kurang jam 6:00 petang dan ia telah meletup dan hangus terbakar. Bagaimanapun, Achik telah meninggal dunia di tempat kejadian itu akibat mengalami pendarahan di kepala dan beberapa kecederaan anggota badan yang mengakibatkan beliau telah tercampak keluar dari kereta selepas ia meletup, manakala rakannya terselamat dan mengalami cedera ringan di bahagian tangan kanannya.


Kemalangan itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah selesai menjalani satu program hiburan yang menjemput beliau sebagai artis jemputan, iaitu Rancangan Gah 1 di RTM,Angkasapuri, bersama dengan rakan duetnya Siti Nordiana (Nana), yang ketika itu muncul dengan mempromosikan single terbaru mereka yang berjudul "Cari Ketenangan" hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal Ajai, iaitu rakaman yang terakhir bagi pasangan duet ini dan ia pernah dibawakan oleh Achik & Nana dalam temubual mereka pada tahun 2010 menerusi rancangan Jangan Tidur Lagi terbitan TV3, dan single baru yang dicipta oleh Achik, iaitu "Engkau Yang Ku Cinta" pada awal petang itu sebelum berlakunya kejadian yang telah menimpa Achik.


Jenazah Achik telah dibawa ke kediaman rumahnya di Taman Desa Rose, Ampangan, untuk dimandikan dan dikafankan serta upacara memberi penghormatan terakhir diadakan. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan

Mrs Achik Spin


“ 

Bersama anak







 

 


Kematian beliau juga turut dirasai malah dihadiri oleh beberapa rakan artis yang terlibat dalam upacara pengebumian Achik Spin seperti penyanyi Tomok, Hafiz Hamidun, Dato' Hattan, Lan Yusoff yang merupakan bekas vokalis Kristal, termasuklah rakan duet yang merupakan teman rapat beliau iaitu Nana, dan anggota kumpulan Spin (Ayie, Tal dan Raymie) juga turut hadir dalam upacara tersebut. Mereka telah merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau atas pemergian Achik.


Meskipun pemergiannya merupakan kehilangan terbesar buat industri muzik, lagu-lagu dan lirik dendangan beliau akan sentiasa menjadi siulan dan menjadi pengubat rindu buat para peminat bagi penyanyi kumpulan Spin ini dan juga khususnya pada semua pelapis untuk dunia seni hiburan tanah air.



Beliau sebelum ini pernah berhasrat untuk kumpulan Spin bergiat aktif semula dan juga ingin mencipta nama di persada dunia industri hiburan muzik selepas kumpulan ini telah menyepi dari dunia seni tetapi hajat terakhir Achik untuk mengembalikan semula kegemilangan Spin tidak kesampaian sejak kematiannya. Bahkan, kumpulan tersebut juga tiada perancangan bagi menggantikan beliau selaku vokalis untuk menyambung legasi tersebut dan mereka hampir putus asa selepas kehilangan beliau yang tiada galang gantinya malah rindu dengan kelunakan suara beliau. Kini, adik-beradiknya juga telah mengikut jejak langkah beliau untuk meneruskan semula legasi beliau yang ditinggalkan dan diwarisi oleh beliau dalam industri muzik tempatan. Atas permintaan ramai tentang kelibat Spin, kumpulan tersebut telah memutuskan bahawa adik kepada Achik, iaitu Arwis Qarani Md Shari (Awis), menjadi teraju utama kumpulan tersebut bagi menggantikan Achik sebagai vokalis asal yang mengetuai Spin. Selain itu, kumpulan itu telah menampilkan single terbaru iaitu "Sakit Terpanah" ciptaan sepenuhnya daripada komposer Zul 2 By 2 pada akhir 2015. Mereka mengambil masa sebulan untuk menyiapkannya sebelum diterbitkan dua bulan kemudian. Selepas single baru pada 2015 dihasilkan, Fidaz dan Shah serta bekas gitaris kedua asal Spin, Ayie, mengundurkan diri dari kumpulan tersebut kerana perselisihan faham antara mereka.



Selain itu, adik kedua kepada Allahyarham iaitu Khalis Md. Shari (Khalis) juga telah mengendalikan kumpulan yang dinamakan sebagai Real Spin bersama dengan dua ahli yang merupakan bekas ahli kumpulan Spin yang asal selepas pengunduran mereka pada 2001, iaitu pemain gitar Aidelah Ahmad (Aidel), manakala Norazren Kamil (Azren) yang merupakan pemain gitar bes kumpulan tersebut dan kemasukan anggota baru iaitu pemain dram Real Spin, Aiman, juga menerajui kumpulan itu untuk menyambung semula perjuangan Spin. Malah, mereka telah menerbitkan single pertama Real Spin yang berjudul "Halusinasi Diri" pada akhir tahun lalu. Kini, mereka akhirnya muncul dengan single baru yang berjudul "Semakin Rindu" pada pertengahan tahun 2017 hasil kerjasama bersama komposer Cuna Alfian dan Atan Alfian.



Manakala, adik bongsu kepada Achik iaitu Tajul Ariff Noor Md Shari (Tajul), juga telah berhasrat untuk meneruskan semula legasi nyanyian yang diamanahkan oleh Achik serta adik-beradiknya. Tajul sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid yang berada di bawah bimbingan Munif Hijjaz yang merupakan anggota nasyid daripada kumpulan Hijjaz, iaitu Akhdan, yang ketika itu kumpulan nasyid yang menyanyikan berkonsep kerohanian, tetapi beliau membuat keputusan dengan mencuba nasibnya untuk bergerak sebagai penyanyi solo. Pada masa yang sama, beliau mempunyai single terbaru yang berjudul "Sedalam-Dalam Rindu" ciptaan sepenuhnya komposer Alam terbitan FMC Music. Lagu itu telah diterbitkan pada akhir 2016 dan telah mencapai lebih daripada 11 juta tontonan menerusi laman YouTube sehingga kini. Ia merupakan lagu dedikasi khas bagi mengenang jasa Allahyarham Achik sepanjang penglibatan beliau dalam industri muzik tanah air.




Post a Comment

0 Comments