"Hentikan Fitnah Jahat Ini..." - Anak, Ustaz Badrulamin Bahron Ditahan Bantu Kes Amang Seksual Fizikal

 


Kuala Terengganu: Ustaz Dr Badrulamin Bahrun seorang ahli politik dan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semalam ditahan atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal. Beliau pernah menyertai pilihanraya 2004 dan 2008 bagi kerusi parlimen Sabak Bernam namun kalah kepada calon BN-Umno dengan majoriti tipis. Beliau juga seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu, semalam.


Lelaki berusia 61 tahun ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu ketika hadir memberi keterangan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan.


Beliau berkata, suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.


"Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.


"Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.


"Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Dalam pada itu, anak kepada Ustaz Dr Badrulamin Bahrun di akaun facebooknya menulis satu kenyataan yang mana dia menanggapi semua ini sebagai satu fitnah besar buat ayahnya.




Siasatan masih dijalankan pihak polis, kenyataan seterusnya menyusul.


Artikel berkaitan: Kenangan 18 Tahun Dulu Arwah Hani Mohsin Seorang Bapa Yang Baik

Post a Comment

0 Comments