Rudy Imran Penulis Lirik Lelaki Teragung Derita Kanser Usus Meninggal Dunia

 


Allahyarham Rudy Imran Shamsudin seorang bekas wartawan dengan bermula sebagai wartawan variapop pada tahun 1994 sebelum berpindah ke akhbar watan.


Kemudian beliau ditawar bersama-sama kumpulan karangkraf sebelum berpindah ke syarikat Urusan Melayu. Dalam bidang kewartawanan arwah menamatkan kerjaya wartawannya bersama akhbar metro.


Allahyarham meningkat nama dalam dunia penulis lirik lagu selepas lagunya diangkat lagu terbaik pada tahun 2017 iaitu Lagu Lelaki Teragung dinyayikan oleh Dayang Nurfaizah.


Semasa arwah bersama akhbar metro, beliau pernah mengambil cuti belajar bagi meneruskan hasratnya melanjutkan pengajiannya ke sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM). 



Difahamkan Allahyarham keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) isnin lalu selepas mendapatkan rawatan susulan penyakit kansernta.


Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Lalang Semenyih selepas solat asar.


Allahyarham meninggal dunia kerana penderitaan sakit kanser usus pada usia 47 tahun.


Salam takziah diucapkan kepada Rudy Imran, segala jasa Dalam dunia industri hiburan negara tak dapat dilupakan. Semoga ditempatkan bersama mereka beriman. Amin




Post a Comment

0 Comments