Siapa Yang Layak, Anda Boleh Mula Keluarkan KWSP RM10K Sekarang!

 


Seperti sedia maklum pada 20 Mac lalu Perdana Menteri Malaysia YB Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pengeluaran one off RM10 ribu diluluskan, ini serba sedikit membuat para pencarum menarik nafas lega untuk berfikir langkah seterusnya.


Namun pada peringkat ini, kerajaan meminta rakyat berfikir panjang untuk berjoli kerana simpanan hari tua itu sangatlah penting, kajian mendapati jika sesebuah negara mengalami krisis orang tua miskin sangat membebankan kerana masa tu dengan peringkat umur yang mencecah 60 tahun sepatutnya mereka sudah berehat di rumah bukan lagi untuk berfikir bekerja. 


Dalam pada masa yang sama, dia akan merencatkan produktif pekerjaan jika orang tua masih bekerja, atas alasan sakit belakang, sakit pinggang membuat majikan nanti dua kali fikir untuk memberi pekerjaan kepada orang tua atau warga emas.


Hari ini permohonan pengeluaran one-off wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dibuka untuk mereka yang layak.


Sebelum pengeluaran terbaharu itu, kerajaan membenarkan penyimpan KWSP untuk mengeluarkan sehingga RM71,000 daripada dana persaraan mereka menerusi tiga program pengeluaran KWSP.


Pastinya ramai yang kehidupan terjejas dek pandemik dan mangsa banjir di beberapa negeri amat bersyukur dengan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP untuk kali terakhir itu.


Mereka boleh menggunakan wang simpanan tersebut untuk merancang perbelanjaan baharu, mencukupkan apa yang kurang dan menggantikan apa yang sudah musnah.


Namun, pasti ada juga segelintir rakyat yang tidak terjejas atau bukan mangsa bencana alam akan mengambil kesempatan untuk turut sama memohon.


Mereka mungkin ada perancangan tersendiri dengan wang tersebut.


Ada yang mahu menggunakannya sebagai modal pelaburan, membeli barangan kemas sebagai aset pelaburan jangka panjang dan tak kurang juga belum merancang ke manakah wang itu mahu dibelanjakan.


Atau ada yang berangan mahu tukar rim tayar, nak ganti cat kereta dan tak mustahil ada yang nak ‘sambar’ telefon pintar terbaharu.


Ingatlah pesanan pakar ekonomi dan kewangan, gunalah duit KWSP itu dengan cara bijak dan berhemah.


Belanjakan untuk perkara perlu sahaja.


Cuba cari akses pelaburan baharu lebih menjamin kelangsungan wang simpanan anda itu untuk jangka masa panjang.


Jangan sesekali gunakan wang simpanan hari tua untuk melaram.


Usah berjoli sakan beli sofa baharu, tukar langsir mahupun beli set pinggan mangkuk baharu untuk sambut Aidilfitri tahun ini dengan duit KWSP.


Jika anda rasa tiada keperluan mendesak dan bajet kebiasaan masih mencukupi untuk menampung kehidupan pada masa-masa mendatang, tak usahlah gatal-gatal tangan atau berhajat untuk membuat permohonan pengeluaran one-off itu.


Biarlah wang simpanan tersebut tetap kekal dalam akaun satu KWSP anda.


Biar jumlahnya beranak pinak dan boleh dijadikan sebagai wang saraan apabila sudah bersara kelak.

Post a Comment

0 Comments