VIRAL - Mee Tonggek Sotong Besar Diarah Tutup Ada Unsur Sabotaj?

 

Video itu disebar selepas seorang wanita mendapati sotongnya berulat


Sejak semalam memang betul-betul buat ramai terkejut, makluman kedai Mee Tonggek Sotong Besar yang diarah tutup oleh Perbandaran Putrajaya tu memang setiap hari habis, mesti licin. Lepas viral video tu penduduk Putrajaya yang biasa take away Mee Tonggek semestinya kembang tekak, terkejut dorang bila tengok satu video seorang akak ni beritahu ada ulat pada permukaan kulit sotong yang dia beli.


Selepas viralnya video itu, kedai Mee Tonggek telah diarahkan tutup dan ditampal notis kerana tiada jaminan kebersihan pada makanan. 




Soalnya sekarang, sejauh manakah kesahihan makanan yang dijual kedai tu ada ulat atau kotor???  


1) Makanan tu hanya diambil video

2) Bila ada ulat mestilah buang

3) Buktinya mana, sebab sekarang kalau orang report sebab dengki senang je kedai boleh tutup


Mari kita buat siasatan satu persatu, hasil dari tinjauan apa netizen kata.


1) kenapa dah siap rekod awal-awal, balik rumah terus tunjuk ulat




2) hasad dengki orang kita tak tahu sejauh mana, ada seorang member aku buat catering nasi panas-panas dalam plus pun boleh berulat, ikan kelinya yang dimasak pun panas tapi berulat



3) Jangan pejatuh orang nak niaga



4) gerai ni viral ramai suka, setiap hari semua makanan habis, dalam beribu pelanggan kenapa dia sorang je yang nampak ulat tu? 



5) Ini nak sabotaj, panas-panas masak ulat dah mati, ini ulat kau ambik dari mana



6) Kenapa perlu viral dan tak jumpa sendiri tuannya??



7) Tak logik tengah panas-panas tetiba boleh pula ada ulat melainkan ko letak sendiri dalam tu lepas beli



Penulisan ini bukanlah hendak menjatuhkan mana-mana pihak, kalau betul sahih kotor diarahkan tutup teruskan, andai kata kita sebagai netizen tidak tahu cerita sebetulnya kita tunggu dan lihat, pernah seorang hamba Allah ni cerita.


Pada awalnya dia hanya menemani sahabatnya untuk membantu saudara sahabat dia berjumpa dengan seorang ustaz untuk buat scanning ada orang hantar ke tak sihir pada gerai mereka.


Saudara kepada sahabat dia ni sepasang suami isteri mengadap arah ustaz dan menceritakan sekian-sekian masalah dorang. Setelah discan semua ustaz ni kata kedai kamu berdua tak ada kena sihir pun, alangkah terkejut dia dan sahabat dia takda apa pun yang menganggu saudara dia.


Isteri dia siap cakap pada ustaz setiap pagi ada bangkai ayam mati depan rumah, ustaz terus tanya kalau ada bukti bagi saya nak tengok. Terdiam si isteri dan suaminya.


Masa pulang dah selesai saudara nya pun balik, sempat sahabat dia bercakap pada dia macam ni, aku pun rasa bini dia masak tak sedap kat kedai, tercengang hamba Allah ni.


Begitulah perumpamaannya, sama ada benar-benar kedai Mee Tonggek ni disihir atau tidak Wallahualam tapi semestinya dulu ada kes di Perak bahagian Gopeng terus ke Teluk Intan, kalau makan kat gerai je ramai kena santau, sakit perut muntah darah, bukan owner kedai punya punca, tapi ada orang luar hantar santau angin tapi kena pada pelanggan. Nauzubillah hati-hati juga geng bila nak makan di luar ni.


Ni video akak tu korang boleh play balik 


Sebelum tu, ni ada tips dan doa untuk elak sihir pada makanan, amalkan dan baca sebelum makan: 




Sumber: Facebook orang ramai

Post a Comment

0 Comments