Zara Zya Tersembur Menahan Gelak Kerana Terlihat 'Sesuatu' Digigi Jihan Muse Ketika Beri Ucapan Ramadhan

 


Umat Islam di Malaysia pada hari ini telahpun menyambut 1 Ramadhan. Oleh itu, artis dan selebriti tidak ketinggalan dengan mengambil kesempatan memberi ucapan sempena bulan yang mulia ini kepada peminat-peminat mereka. 


Menerusi satu rakaman video, Jihan Muse dan rakan-rakannya iaitu Fara Fauzana, Shila Amzah dan Zara Zya telah membuat ucapan sempena bulan Ramadhan. Video rakaman tersebut membuatkan peminat terhibur terutama ketika pelawak wanita iaitu Jihan Muse memberikan ucapan. 


Ketika gilirannya,  Jihan meletakkan kek coklat di giginya dan membuatkan rakan-rakannya gelak besar. Ia kelihatan seolah-olah  giginya dalam keadaan buruk.  Kek yang dimakan Zara Zya turut tersembur dari mulutnya kerana geli hati melihat telatah pelawak wanita itu. 



Warganet juga turut terhibur dengan aksi mereka di dalam rakaman video tersebut. Ramai meninggalkan komen dan emoticon gelak. 


Semoga amal ibadah kita di bulan yabg mulia ini diterima dan dilipat gandakan oleh Allah SWT amin

Post a Comment

0 Comments