Gadis Disihir Berubah Bentuk Fizikal Dalam Masa 3 Bulan

 


Santet atau sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kanser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain. Begitulah yang dihadapi oleh seorang gadis dari seberang yang bernama Nia yang menjadi mangsa sihir akibat perbuatan khianat orang. 


Menurut keluarga Nia, bentuk fizikal Nia berubah dalam masa 3 bulan secara drastik.  Keadaan Nia semakin lemah, kulitnya seperti terbakar, rambut gugur dan berat badan menyusut. Jantung Nia pernah berhenti berdegup sehingga keluarganya menyangka Nia telah meninggal dunia. Namun,  beberapa ketika jantungnya berdegup semula selepas dibawa ke hospital. Doktor  berkata, keadaan Nia terlalu lemah tetapi dia tidak mempunyai sebarang penyakit. 


Menurut Ustaz yang merawat, sihir yang dihantar telah berada dibadan Nia selama bertahun-tahun, tetapi Nia baru menerima kesannya selama 3 bulan kebelakangan ini. Hanya ayat ruqyah daripada Al-quran yang mampu merawat dan meringankan sakit yang dirasai Nia. 





Terdapat rawatan alternatif yang diajar dalam usaha untuk mengeluarkan sihir daripada badan. Cara ini hanyalah salah satu ikhtiar dalam merawat sihir. 


CARA-CARA


Cari kelapa muda, Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tghr - 1 ptg.


Minum air kelapa yang tidak dicampur dengan ais.  Sebaiknya minum didalam buah kelapa itu juga, tak perlu pakai cawan atau gelas.


Sebelum minum air kelapa tersebut, baca surah Al-Fatihah 1x dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x


وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ۗ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى


wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona'uu, innamaa shona'uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa


"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada."(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69)


Kemudian berdoa (contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan). Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.


Jika ditubuh seseorang mempunyai racun santet/sihir, dia akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. Itulah racun sihir yang ada di tubuh seseorang. 


Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali. Insya Allah jika dijadikan amalan racun santet/sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh  seperti kanser, ketumbuhan atau sakit-sakit kronik yang lain. Ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga itikad kita, kerana kebergantungan kita hanya pada Allah swt.


Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan segala jenis penyakit. Semoga Allah memberi ketabahan dan kesembuhan kepada Nia dan keluarga.

Post a Comment

0 Comments