Menangis Lah Amy Tinggalkan Search, Din & Kidd Ada Vokalis Padu Baru Mantap?

 


The living legend kumpulan rock tanah air iaitu Search tidak asing lagi dari dunia rock, pembawakan rock slow, rock rancak seperti Scorpion barat ini masih lagi punya peminat sendiri.


Terdahulu vokalis Amy Search 62, umur secara rasmi keluar dari Search, ini kerana atas faktor tidak mahu menjadi penghalang kepada ahli sedia ada, supaya mereka menjalani langkah masing-masing dan tidak bergantung pada dirinya.


Amy juga mengakui kini usianya telah menjengah 64 tahun, vokal masa umur 26 tahun dulu tidak lagi dapat dia tonjolkan, semua ni memang terjadi pada setiap vokalis kumpulan di luar sana, bukan hanya pada Search, jadi Amy berikan ruang ini untuk Search mencari bakat baru dalam vokalis.


Denden Gonjalez Vokalis Baru! 


Masa temuramah tempoh hari di Malaysia Hari Ini Nordin@Din Search tetap mengatakan Amy tetap tiada pengganti tapi demi kelangsungan hidup mereka, band itu harus terus menyertai mana-mana jemputan termasuk persembahan tertutup.


Peminat juga sempat meninggalkan komen, "maaf tidak boleh lawan the living legend kami Amy Search".


Dalam pada itu ramai juga memuji vokal Denden Gonjalez, kata Din dan Kit mereka sememangnya nampak Denden popular di YouTube jadi  ingin mencari bakat baru ahli Search sedia ada telah menawarkan Denden sebagai vokalis kumpulan untuk persembahan yang akan datang.

Post a Comment

0 Comments