Afdlin Shauki & Isteri Sah Bercerai Selepas 25 Tahun Usia Perkahwinan

 


Selepas 25 tahun mendirikan rumah tanga, bekas isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mendedahkan mereka sudah bercerai sejak April lalu.


Perkara itu didedahkan oleh Maria menerusi Instagram dimana tempoh iddah sudah pun tamat selepas mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada April.


Menurut Maria lagi, hubungan mereka mula bermasalah ketika tempoh pandemik yang lalu serta tiada lagi persefahaman.



“Ketika pandemik melanda, kehidupan kami mula berubah. Kami cuba untuk menyelesaikan situasi itu pada tahun ini tetapi berlaku sebaliknya kerana tiada lagi persefahaman


“Namun, kami masih bergelar ibu bapa kepada anak-anak dan memberi sokongan serta kasih sayang sebagai sebuah keluarga,” katanya.


Dalam pada itu, Maria berkata meskipun sudah berpisah namun bukan pengakhiran bagi mereka apatah lagi Afdlin merupakan insan bermakna dalam kehidupannya.


“Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabat dan saya juga akan lakukan perkara yang sama.


“Kami harap rakan-rakan dan ahli keluarga tidak bersedih dan orang ramai menerima berita ini sebagai satu perkara agak biasa yang dilalui segelintir pasangan,” katanya.


Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mia Sara, Anaias dan Ileana Matin.

Post a Comment

0 Comments