Penceramah Bebas Direman Bagi Kes Rogol

 


Ipoh: Penceramah bebas direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol remaja di negeri ini.


Perintah reman dikemukakan mengemukakan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus di Mahkamah Majistret Ipoh di sini, hari ini.


Lelaki itu ditahan reman bermula 28 Julai hingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Terdahulu, lelaki berusia 30an itu yang memakai baju T warna ungu dan bergari dibawa masuk ke mahkamah, kira-kira 1 tengah hari.


Media sebelum ini melaporkan, seorang penceramah bebas ditahan polis selepas dipercayai terbabit kes rogol perempuan berusia 14 tahun.


Polis Perak mengesahkan menerima laporan berhubung kes rogol remaja perempuan dipercayai membabitkan seorang penceramah bebas yang ditahan di Selangor, baru-baru ini.


Setakat ini, empat kertas siasatan sudah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu yang sama.


Sumber:HM

Post a Comment

0 Comments