Raja Ilya Kongsi Detik Menyentuh Hati Saat Melahirkan Cahaya Mata

 


Raja Ilya dan suami telah selamat menimang cahaya mata  pada 1 Julai  2022. Menerusi instagramnya, beliau mengimbas semula kenangan manis ketika melahirkan Talita Love. 


Menurut Raja Ilya beliau melahirkan Talita Love secara pembedahan pada pukul 10 pagi sehingga 2.30 petang. Beliau dibius sepenuhnya sehingga ketika sedar, moment yang tidak boleh dilupakan, ialah melihat Talita Love buat kali pertama. 


"Perasaan kegembiraan seorang ibu yang sukar digambarkan", katanya.


Tambahnya lagi,


"Masa tu saya tak kisah muka saya dah macam Big Fat Mama Zombie , but i dont care masa tu. All my focus of her"




Apa yang lebih menggembirakan, Raja Ilya dan Talita turut berkongsi bulan lahir yang sama iaitu Julai. Menurutnya, Talita Love adalah hadiah terbaik padanya sempena hari jadinya yang ke 37, tahun ini.




Sebelum ini,  Raja Ilya telah berkahwin dengan Trent Garret pada tahun 2019 dan mengikuti suaminya menetap di Australia yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Post a Comment

0 Comments