"Saya termakan babi, sedap! Tapi haramlah. JAIS tolong ambil tindakan" - Siti Amira Natasya Abdullah

 


Baru-baru ini satu pendedahan oleh Merdekarya tular berkaitan drngan pasangan sensasi yang menghina agama Islam iaitu Siti Amira Natasya (Amy)  dan suaminya Alex. 


Amy dan Alex telah makan disebuah kafe yang di dalamnya mempersembahkan nyanyian band indie kepada pengunjung. Mereka bertemu dengan pemilik kafe dan bercadang ingin  membuat persembahan komedi dan diselangi oleh nyanyian Alleycats. 


Namun, cadangan itu tidak dipersetujui oleh pemilik kafe tersebut dan membuatkan Amy dan Alex kesal. Mereka bukan sahaja tidak membayar bil makanan, malahan menyebarkan berita palsu bahawa pihak kafe telah  menghidangkan daging babi kepada Amy yang beragama Islam. Alex turut memberitahu pihak JAIS dan KPDN di dalam statusnya.




Malahan bukan itu sahaja, mereka juga turut mengugut untuk membakar kafe tersebut. 



Pemilik kafe menjelaskan, tindakan Alex dan Amy tidak masuk akal kerana, kafe mereka sememangnya diketahui menghidangkan daging babi. Nama kafe tersebut BAR B  dan hidangan daging babi telah dinyatakan dalam menu. 





Oleh itu, alasan tersebut sengaja direka kerana cadangan mereka membuat persembahan komedi telah ditolak oleh pemilik kafe. Malahan pemilik tersebut menyatakan Alex dan Amy sebenarnya bukan hendak menunjukkan persembahan komedi tetapi adalah untuk mempromosi seks berkumpulan yang mereka  lakukan. 


Diharapkan, Amy kembali semula kepangkal jalan. Tindakan menghina agama Islam adalah tidak wajar apatah lagi Amy sendiri mengaku beragama Islam dan telah menghafal 15 juzuk Al-Quran.

Post a Comment

0 Comments