Sos Cili Legend! Sayangnya Bisnes Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Mahu Buat “Comeback”

 


Tidak lengkap jika tiada sos cili untuk makan makanan bergoreng. Makan ayam goreng perlukan sos cili, makan kentang perlukan sos cili, makan keropok dan segala macam lah perlukan sos cili.


Boleh dikatakan budaya Malaysia ini tidak lengkap makan makanan bergoreng tanpa sos cili. Pelbagai jenama sos cili yang berada di pasaran.


Ada yang dahulu terkenal sehingga sekarang masih lagi jenama sos cilinya itu disukai ramai. Namun, ada juga jenama sos cili yang dahulunya terkenal tetapi kini dilupakan dan ada juga yang sudah lenyap ditelan zaman.


Jika anda adalah peminat sos cili pasti masih ingat sos jenama Aminah Hassan yang terkɛnal satu ketika dahulu.


Sebut sahaja sudah mɛngimbau kenangan masa kecil, bukan? Makan ayam goreng, pisang goreng dan pelbagai lagi cicἀh s0s cili. Jenama Aminah Hassan ini boleh dikatakan sɛtanding dengan jenama-jɛnama lain seperti Life, Kimball dan sebagainya.


Jenama Aminah Hassan bermula daripada sos cili kemudian tampil dengan pr0duk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Untuk pengetahuan anda, pɛrniagaan ini diusahakan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Sebenarnya perniagaan ini telah bermula secara kecil-kɛcilan pada tahun 1966 di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos.



Kemudian, perniagaan berkɛmbang maju dan kilang pengɛluaran telah berjaya dibuka di Jalan Kapar, Klang. Kini, perniagaan ini telah diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Daripada hanya menjual sos cili, kemudian jenama Aminah Hassan ini tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.


Akan tetapi, pasti anda sedar akan kehilangan jenama sos ini di pasar raya, bukan? Sebenarnya ada khabar angin mendakwa bahawa sos tersebut telah dimiliki bangsa asing dan dijual di syarikat lain selepas pengasasnya meninggal dunia. Berikutan itu, produk tersebut tidak lagi mendapat sambutan dan terpaksa ditutup operasi kerana mengalami kemerosotan.


Terbaharu, pihak syarikat Aminah Hassan menjelaskan perkara sebenar justeru menafikan khabar angin yang telah tersebar. Pihak syarikat menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibeli pihak lain tetapi hanya menghentikan operasinya seketika.


Difahamkan kini, sos cili jenama Aminah Hassan telah mula dijual semula di beberapa lokasi sahaja dan anda boleh dapatkan sos cili ini untuk nikmati rasa sos cili ‘legend’ ini.


Anda boleh dapatkan sos cili lagend ini di online seperti di Shopee dengan hanya menaip aminah hassan atau sos cili aminah hassan.


Semoga kita sama-sama membantu perniagaan sos cili lagenda ini. Diharap supaya perniagaan mereka ini kembali popular dan maju jaya seperti dahulu.

Post a Comment

0 Comments