(TERKINI): KWSP Benarkan Pengeluaran Khas Akaun 2 Bagi Pencarum Mempunyai Tujuan Seperti Yang Disenaraikan




Ramai yang tidak berpuas hati ekoran kesulitan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP mereka walaupun duit tersebut merupakan duit mereka sendiri yang tersimpan dalam tabung dan caruman yang dilakukan melalui akaun KWSP mereka.


Walaubagaimanapun, adakah anda sedia maklum bahawa terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda buat selagi mana menepati kriteria & syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.


Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.


Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi


Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022


1) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.



2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.



3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.




4) Pengeluaran Untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.



Post a Comment

0 Comments