Ustaz Ebit Bantu Gelandangan Tua Yang Sakit Terlantar

 


Ustaz Ebit merupakan ikon yang banyak membantu masyarakat tidak mengira usia, agama atau kaum. Baru-baru ini Ustaz Ebit telah membantu gelandangan tua yang berbangsa Cina kelihatan sakit dan tidak bermaya. Menerusi laman soislanya, beliau begitu hiba melihat nasib yang menimpa uncle tersebut. 





Menangis rasa bila berjumpa uncle chinese 66 tahun terlantar di jalan. Berpusing tidur macam sakit. Mata kesan macam di tumbuk. Tak mampu melihatnya. Kasihan sangat. Di umur begini entah apa cerita hidupnya. Ujian hidupnya. Dah lama terlantar disini. Tidak bermaya langsung. Beberapa orang cuba berbual uncle tak nak jawab. Ada yang kata tak sihat akalnya. Syykur bila saya tanya padanya rezeki dia menjawab. Bila saya tanya uncle kita bawa ke rumah tinggal sana kemudian kita bawa doktor ubat uncle. Beliau setuju dan angguk-angguk. Dia sebut namanya dan umurnya walau tak jelas sangat. 


Terus bawa ke Rumah jagaan di sri kembangan. Mandikan dan akan periksa sakit uncle ni. Kami akan bayar kos penjagaan setiap bulan ubatan uncle ni. Masa dukung nak letak atas kerusi roda di pusat jagaan tangannya tak nak lepas. Semakin kuat dipeluknya saya. Sedih pula. Terpaksa beberapa orang melepaskan pelukannya walau pejam mata. 


Semoga uncle cepat sembuh dan bersemangat yer. Begitulah ujian hidup. Saat datang tiada siapa peduli dengan kita. Terus kuat ye uncle. Rezeki dapat beri sedikit khidmat padanya. Saya sayang uncle walau kali pertama kita berjumpa. 



Semoga Ustaz Ebit dimurahkan rezeki dan doberi kesihatan tubuh badan dan dapat meneruskan amal bakti kepada masyarakat

Post a Comment

0 Comments