DDNK Pernah Menganggur Dan Menerima Elaun Kerajaan Sebelum Menjadi Pakar Saham

 


Dato Dr Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK hari ini telah melangsungkan perkahwinan keduanya bersama wanita yang dikenalinya pada September tahun lalu. 



Beberapa hari sebelum itu iaitu pada 4 September,  DDNK telah mengumumkan penceraian antara dirinya dan isteri pertamanya Datin Hasmawatie. Mereka dikurniakan seorang anak dengan perkongsian hidup selama 20 tahun. 


Lebih mengejutkan, ucapan daripada bekas isteri DDNK yang mengatakan DDNK dan isteri barunya telah berkahwin di Thailand sebelum berpisah dengannya dan melangsungkan majlis di Malaysia. 



Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak DDNK. 


Rentetan daripada kejadian ini, netizen mula menggali semula status DDNK ketika susah bersama isteri selama 20 tahun sebelum dipuncak kejayaan pada hari ini. 




Menurut status tersebut, DDNK pernah menganggur dan menerima elaun Skim Latihan 1Malaysia. Beliau juga turut bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sanggup susah dan senang bersamanya. 


Untuk pengetahuan semua, kini DDNK menjadi mentor saham yang terkenal di Malaysia dengan penghasilan jutaan ringgit. Malahan rakyat Malaysia  sangat dekat ddngan 'tagline' iklan saham beliau iaitu ", tak hensem takpe, janji kaya". 


Ketika DDNK dipuncak kejayaan, rumahtangga yang telah dibina selama 20 tahun telah goyah dan akhirnya perpisahan sebagai jalan akhir.  Kejadian ini sedikit sebanyak mencetuskan kontroversi yang kurang 'enak' dalam kalangan netizen.





Setiap manusia pasti diuji mengikut kemampuannya. Semoga DDNK sekeluarga dan bekas isteri tabah menghadapi ujian ini.

Post a Comment

0 Comments