"Kalau Aku Kata Anjing Tu Iras Dengan Muka Ko, Ko Mengaku Tak Anjing Tu Ko.." - Waris mangsa MH370 berang netizen cuba timbul isu

 


Baru-baru ini warga Malaysia dikejutkan dengan pembongkaran mangsa MH370 sebenarnya masih hidup. Pesawat boeing MH370 itu dikatakan tiba-tiba hilang dari radar pada tahun 2014 kerana disyaki menjadi dalang rampasan kapal terbang oleh pihak US. 


Isu itu menjadi lebih panas apabila wajah-wajah mangsa MH370 dijumpai di satu halaman facebook bernama AFN Diego Garcia. Dikatakan wajah-wajah mangsa MH370 telah muncul di halaman berkenaan dengan menjadi kakitangan pekerja di wilayah Diego Garcia itu.


Diego Garcia itu sedia maklum dia adalah sebuah wilayah base untuk pengkalan tentera Amerika di Lautan Hindi, yang mana rakyatnya hanya terdiri daripada tentera Amerika dan pekerja mereka.


Salah seorang mangsa yang muncul di halaman facebook tersebut adalah Kapten Zaharie iaitu juruterbang yang bertanggungjawab menerbangkan pesawat itu.


Kapten Zaharie

Semalam tular waris kepada salah seorang mangsa MH370 dalam sebuah video berkata jangan buat sebarang andaian kerana telah melukakan hati keluarganya, bayangkan maknya yang dahulu sudah move on tetapi dengar berita macam ni terus termenung.


Katanya lagi dia sangat marah kepada seorang Tiktoker Princemeed yang hanya sekadar mencari bahan di google lepas tu kononnya menjadi hero asia dapat membongkar rancangan jahat Amerika.


"Kawan aku dari Filipina dah sahkan muka yang sama tu semua Overseas Philippines Workers yang bekerja di bawah satu syarikat service sokongan bernama KBR"



"Orang Philipines ni dah lama diambil bekerja dekat Diego Garcia untuk jaga tempat atas sebab bayaran murah" 


"Orang Philipines banyak muka macam melayu"


"Cari bukti kena sahih & ada sumber, kena cari orang yang akses kepada sumber, kalau cari kat Google itu bodoh namanya"


"Nak cari kebenaran itu bagus tapi nak cari kebenaran tu susah"


"Kalau kau tak ambil soal iman dalam hati, kewarasan dalam hati semua benda ko nak langgar"


"Disebabkan kau suka buat perbandingan antara orang tak dikenali dengan muka keluarga aku, aku nak tanyalah kalau aku cakap anjing tu muka iras macam kau, kau mengaku tak anjing tu kau" 


"So tulah macam keluarga aku, kalau kami dah cakap memang bukan memang bukanlah buat apa nak paksa keluarga aku mengaku"


"Ni cakap keluarga aku dah kenyang makan duit insurans, dah kenyang makan duit pampasan, dari 2014 sampai sekarang tu je modal orang nak kenakan keluarga aku"


"Family aku ni batak sangat dengan duit ke??"


"Dari 2014 sampai sekarang kami tak hidup mewah pun, mak aku dari dulu sampai sekarang hidup sakit" 


"Korang tahu ke penat nya kami nak hidup dengan mulut macam korang ni yang tak faham bahasa pakai ikut sedap mulut, tak hormat orang tak hormat musibah orang" 


Pembongkaran oleh princemeed itu juga mendapat perhatian seluruh Netizen, sejauh mana kebenarannya Wallahualam. Allah maha mengetahui.


Kita doakan semoga semua pihak dapat menjaga mulut, soal makan duit pampasan tolong jangan timbulkan, sekadar menyatakan wajah seiras admin rasa tidak mengapa.


Semoga urusan mereka dan ahli keluarga mereka dipermudahkan. Amiin


Jangan lupa Like, Follow & Share Borak Viral untuk mendapat berita semasa, berita viral, info terkini dalam & luar negara.

Post a Comment

0 Comments