Kisah Menyeramkan Di Sebalik Sambutan Ulang Tahun Sultan Brunei


Dalam tahun 1997, saya mendapat tawaran dari 1 syarikat di Brunei Darussalam untuk mengurus dan membawa beberapa orang artis terkenal di Malaysia untuk membuat persembahan sempena sambutan hari jadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei.


Saya datang awal untuk membuat semua persiapan sebelum artis-artis itu datang. Pihak syarikat telah menyediakan tempat tinggal  iaitu sebuah  apartment 3 tingkat untuk saya dan artis2 semua.


Satu malam saya pulang lewat dari ofis, saya terus masuk ke bilik saya dan baring sekejap atas katil. Saya tertidur sebab keletihan, tiba-tiba saya terdengar suara yg mirip suara arwah ibu saya begini suara itu bercakap,


"sayang, tepilah sikit mak nak tumpang tidor" 


Sambil itu saya terasa ada tangan yg berkuku panjang mengaris tangan kanan saya. Saya terasa pedih, entah dari mana dtg kekuatan dlm diri ini saya menjawab: 


"engkau bukan mak aku..mak aku dah lama meninggal..kau ni hantu".


Suara itu bercakap " aku mak engkau lah..cuba kau buka mata..tengok aku"


Saya menjawab lagi,              " bukan..engkau bukan mak aku..engkau tu hantu..pegi dari sini..jangan kacau aku"


Suara tu cakap " kau yang datang kacau tempat aku..aku tak akn pegi".


Saya terdengar suara menggilai, saya mula membaca apa saja ayat al Quran yang saya tahu. Suara itu bercakap lagi: 


" janganlah macam tu..jangan baca..sakit tau..aku nak kawann dengan kau"


Saya tidak peduli dan terus membaca ayat-ayat alQuran sehingga terdengar suara menjerit dan azan subuh.


Awal pagi esoknya saya ke ofis dan cerita pada pengurusan apa yg terjadi. Pihak itu terdiam dan menyuruh beberapa orang staf untuk temankan saya.


Petang itu saya balik ke apartment itu sebelum maghrib ditemani 5 org staf. Kami semua takut tapi terpaksa. Ketika di situ, kami memasang radio yg memainkan bacaan ayat-ayat suci alQuran. Ketika ayat2 itu dibaca, tiba2 saja elektrik terpadam. Saya suruh salah seorang staf pergi check switch board. 


Didapati semua switch diboard itu turun, dia naikkan semula tapi turun balik. Dia dalam ketakutan menjerit "ALLAHUAKBAR" baru lah switch tu tak turun tapi perkara lain pulak terjadi. Paip2 air dalam toilet dan dapur dibuka tanpa ada sesiapa di sana.


Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan, kami semua keluar dan tidur di ofis. Esok tengahharinya saya balik ke apartment untuk ambil barang2 saya untuk berpindah ke tempat lain. Semasa sampai ke sana saya lihat macam ok saja tempat itu.


Saya  terus masuk dan mengemas barang2 saya kerana kepenatan. Saya baring sekejap atas katil saya. Tiba2 saya nampak ada macam bentuk orang baring disebelah saya yang dihurungi dengan banyak langau.


Saya terus bangun sambil membawa luggage saya keluar. Tiba2 pintu bilik tertutup sendiri saya cuba membuka tapi seperti dikunci. Saya pun membaca Bismillah dan menjerit ALLAHUAKBAR. Pintu itu dapat dibuka ketika hampir ke pintu utama sekali lagi tidak dapat dibuka. Terdengar suara ketawa menggilai2.


Sekali lagi saya buat macam tadi di bilik tidur. Saya dapat keluar dan berlari ke jalan raya dan jatuh pengsan di situ.


Saya telah di bawa ke hospital. Tiga hari di sana, beberapa hari kemudian artis2 yang di jemput itu sampai. Saya melarang mereka untuk tinggal di apartment itu dengan mencerita apa yang terjadi kepada saya. Tapi mereka ketawakan saya. Mereka tetap mahu tinggal di situ sebab ada pantai dibelakang apartment itu.


Ketika tengah malam datang, mulalah macam-macam gangguan sehingga semua artis2 itu ketakutan dan berkumpul di dalam bilik saya. 


Kami ramai2 membaca apa saja surah2 yang kami tahu sehingga tertidur. Keesokkan pagi, kami melihat ada beberapa orang tidak ada di bilik. Kami mencari mereka dan terjumpa ada yang dipindah tidurnya dibawah pokok, disangkut atas pokok, bawah tangga, dalam toilet dan tepi pagar.


Ke semua mereka tidur dengan nenyak sekali. Kena simbah dengan air baru mereka sedar. Saya meminta pengurusan pindahkan artis2 ini ke tempat lain sebelum perkara buruk terjadi.

Post a Comment

0 Comments