"Kita manusia biasa selalu buat dosa jangan lupa minta ampun.." - Nasihat Rosmah Mansor buat pendengar

 


Setiap manusia tak dapat lari dalam melakukan kesalahan, kerana kita manusia biasalah sering diuji sebegitu.


Seperti yang dikatakan Datin Seri Rosmah beliau banyak melakukan kesalahan, dia berharap kesalahan lampau dapat dia tebus kembali dengan menjalani hukuman.


Datin Seri Rosmah sempat memberi nasihat ketika berkumpul di rumahnya baru-baru ini mengatakan:


1) Buat solat sunat tasbih dalam keluarga


2) Ajar anak-anak


3) Kita sebagai isteri selalu dorong suami solat sebab selalu mereka sibuk kalau kita tak suruh mereka akan lalai


4) Kita sebagai seorang isteri selalulah urus rumah, keluarga, panggil ustaz beri tazkirah maklumlah kita pun manusia biasa selalu buat dosa dan sentiasa mohon ampun pada Allah swt


Video:


Terdahulu Datin Seri Rosmah Mansor dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 Bilion. Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun jika gagal membayar denda tersebut.


Netizen turut meluahkan pendapat:

Mgkin pengakhiran mereka lebih baik dr kita



Bencilah perbuatannya jika ia salah, dan bukan benci orangnya. Kelak jika Allah berkehendak mengampuni setiap dosa2nya, mungkin dia lebih mulia di sisi Allah. Jaga akhlak, jaga lidah, krn lidah itu lebih tajam dari senjata. Jaga setiap penulisan kita jgn ia menjadi asbab kita pula ke neraka. Wallahualam



Alhamdulillah moga jadi iktibar la untuk yang lain. Sedar-sedar jawatan tu satu amanah



Alhamdulillah harap dia teruskan berubaha. Aamin



Tak baik la korang yang komen, kita semua layak berubah Allah sentiasa dengar hamba dia nak bertaubat, ingat sahabat bila mana dia bertaubat entah2 dia lagi baik dr kita. Jaga kata-kata kalian saya bukan nak backup saya tak minat bab politik tapi sy just ingatkan korang je kita dapat pahala sama2 okay



Post a Comment

0 Comments