Lelaki Disyaki Pedophilia, Follow Kanak-kanak Perempuan Di Media Sosial Sambil "Post" Lucah

 


Seorang lelaki bernama samaran Jazaky Skymmar disyaki  seorang Pedhopilia.  Pedhopilia merupakan orientasi seks yang tidak normal di mana seorang lelaki dewasa cenderung dan berkeinginan untuk melakukan seks dengan kanak-kanak malahan bayi. 



Laporan polis dibuat oleh seorang bapa yang mengatakan anak perempuannya merupakan mangsa secara tidak langsung kepada lelaki tersebut. Hal ini kerana, suspek memuat naik status berunsur lucah dan tidak sesuai untuk paparan kanak-kanak. 





Suspek turut mengikuti anaknya di laman sosial dan berhubung  melalui 'post' yang dimuatnaik anaknya. 


Apa yang lebih mengejutkan, senarai rakan suspek terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang dilihat rata-rata di bawah 10 tahun.  






Namun, suspek turut membuat laporan polis untuk mempertahankan diri kononnya akaun media sosialnya telah digunakan oleh  orang lain. Walau bagaimanapun, kes ini belum selesai dan masih dalam siasatan polis. 



Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggung jawab untuk memeriksa telefon anak-anak terutama dengan siapa meraka berhubung ketika melayari laman sosial.

Post a Comment

0 Comments