Peminat Rindu Neelofa Ketika Melihat Hawa Rizwana Mengacara MeleTOP Bersama Nabil

 


Baru-baru ini, Hawa Rizwana telah menjadi pengacara jemputan dalama program hiburan MeleTOP bersama dengan Nabil Ahmad. Keletah Hawa Rizwana semasa mengacara  menghiburkan netizen malahan gayanya seakan-akan  Neelofa turut mencuri perhatian peminat.



Peminat meluahkan rasa rindu dengan pelakon dan pengacara sensasi itu setelah mengumumkan persaraannya bersama MeleTOP pada tahun 2019. 


Neelofa mula mengendalikan program MeleTOP pada 30 Oktober 2012. Pasangan itu bersiaran bersama sebanyak 370 episod dan sepanjang mengendalikan program bual bicara infotainment terbabit, Neelofa dan Nabil dilihat cukup serasi.



Sepanjang mengendalikan MeleTOP, Neelofa dan Nabil mampu menonjolkan karakter dan saling melengkapi dengan kekuatan tersendiri.



Sehingga ke hari ini Astro masih mencari pengacara tetap untuk menggantikan Neelofa. Adakah Hawa Rizwana boleh menggantikan Neelofa? Apa pendapat anda?

Post a Comment

0 Comments