Pomen Kiriman Tuhan Meninggal Dunia Selepas Baiki Kereta Asnaf

 


Betullah kata orang, 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Ini yang terjadi kepada seorang pomen yang disifatkan 'pomen kiriman tuhan' oleh pelanggannya. Arwah Farid Chai atau nama sebenarnya Farid Mohammad meninggal dunia akibat serangan jantung. Khabar kematian mengejut sebegini menjadikan keluarga, rakan dan pelanggan benar-benar kehilangan seorang manusia yang tidak berkira, murah dengan senyuman dan sentiasa membantu orang yang susah dengan hanya berbekalkan kemahiran yang beliau ada. 


Beliau banyak menolong golongan asnaf untuk membabmntu mereka membaiki kereta dengan kadar bayaran minima. Bukan sahaja kereta asnaf malahan turut membaiki van jenazah secara percuma di bengkel beliau bertempat di Sungai Petani, Kedah. 


Menurut salah seorang aktivis Mohammad Yaakub Yusra berkata: 


"Demi Allah kami bersaksi almarhum orang yang baik, Van jenazah kami beliaulah yang jaga, bila servis dia tak ambil apa2 bayaran. Lebih 1500 jenazah yg diuruskan akan jadi saksi dihadapan Allah kelak buat almarhum abang Farid". 


Siapa sangka dengan hanya berbekalkan kemahiran baiki kenderaan boleh membuat amal kebajikan yang akan menjadi saham  di akhirat.


Selagi hidup buatlah amal kebaikan kerana ia akan kekal walaupun jasad telah dikubur. Salam takziah kepada keluarga arwah, semoga rohnya bersama dengan orang yang soleh. Semoga arwah Farid Chai menjadi inspirasi kepada anda di luar sana. Tak kira siapa anda, berbaktilah!.

Post a Comment

0 Comments