Rahim Maarof Masih Berbisa, Digelar "The Godfather Of Rock"

 


Rahim Maarof atau nama sebenarnya Abdul Rahim Maarof dilahirkan di Kota Bharu,Kelantan pada 24 September 1955. Merupakan anak keenam dari sebelas adik beradik. 


Di zaman alam remaja beliau tinggal bersama bapa saudaranya Allahyarham Tan Sri Ibrahim Salleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia dan ibu saudaranya ialah YM Tengku Zaharah adinda kepada Raja Perempuan Zainab II. Rahim membesar di Petaling Jaya, Selangor.


Sebelum bergelar artis rakaman, beliau pernah menimba pengalaman pertama bekerja di bahagian pemasangan kereta di Shah Alam, Selangor, di pusat peranginan dan juga pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.


Dengan minat mendalam terhadap muzik ketika remaja, beliau bersama rakan-rakan menubuhkan kumpulan rock Meets (band pertama selepas sekolah) dan menyertai kumpulan Friends pads tahun 80an. 


Di awal kemunculannya beliau membuat persembahan di majlis keramaian, music house dan klub di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang menjadi titik mula peralihan dari zaman indie dan kelab ke dunia rakaman.


Kini nama Rahim Maarof tidak asing lagi sebagai anak seni di tanah air. Beliau dikenali sebagai penyanyi rock, komposer, pelakon, produser dan ahli muzik yang berpengaruh di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.


Beliau mendominasi industri muzik pada awal 1980-an menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Kini Aku sendiri, Hanya dalam mimpi, Lizawati, Syakila, Jangan Kau Rayu, Cinta Kristal, Falsafah Cinta.



Banyak lagi lagu-lagu terbaik dari beliau malah digelar antara penyanyi rock terbaik dengan gelaran oleh peminat peminat dan pengemar nya sebagai 'The Godfather of Rock' Rahim memulakan kariernya menerusi pembabitan secara underground pada era muzik rock di Malaysia pada awal tahun 70an.


Beliau seterusnya mengecap populariti setelah membuat persembahan bersama kugiran nya yang dibentuk pada 1985 iaitu Whitesteel menyertai siri Battle of the Bands. Kemuncak popularitinya bermula satelah kembali semula ke dunia industri rakaman album penuh dengan lagu Cinta Kristal dari album Kristal meledak di pasaran pada tahun 1988. 


Kerjaya muzik beliau melebih 40 tahun hingga ke hari ini meninggalkan impak yang cukup besar tersendiri kepada industri. Beliau masih dijemput di beberapa program tv malahan beliau akan membuat persembahan dalam Konsert Doa Buat  Zamani. 


Semoga Rahim Maarof sentiasa sihat selalu dan dapat terus menghiburkan orang ramai khususnya di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments