Shah Rukh Khan Dakwa Isterinya, Gauri Khan Satu-Satu Ahli Keluarganya Peroleh Pendapatan Tinggi Ketika Pandemik

 


'Raja Khan' dari Bollywood, Shah Rukh Khan tidak perlu diperkenalkan lagi, bintang yang paling bersinar dalam industri filem Hindi. Dia terkenal dengan keperibadiannya yang mempesonakan dan sifat merendahkan diri. Shah Rukh Khan sememangnya telah mendapat tempat di hati peminat dengan kemahiran lakonannya yang cemerlang dalam filem-filem, Kuchh Kuchh Hota Hai, Don, Happy New Year, Om Shanti Om, Kabhie Khushi Kabhi Gham, dan banyak lagi.


Shah Rukh Khan mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia. Atas pilihan sendiri, pelakon itu telah jatuh cinta dengan Gauri Khan dan memulakan kehidupan berumah tangga dengannya. Pasangan itu telah  dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan AbRam Khan. Walaupun telah berkahwin lebih daripada dua dekad, Shah Rukh Khan dan Gauri sentiasa berjaya menambat hati peminat dengan keakraban dan kasih sayang mereka yang comel antara satu sama lain.



Rancangan popular, Fabulous Lives Of Bollywood Wives di siaran TV, kembali dengan musim ke-2, sama seperti musim sebelumnya, kali ini  beberapa tetamu khas mempamerkan persembahan. Dalam salah satu episod itu, isteri Shah Rukh Khan dan juga seorang pereka dalaman, Gauri Khan, bersama-sama dengan penerbit filem ACE, Karan Johar, muncul dalam rancangan itu membincangkan pelbagai topik. Tidak dapat dinafikan bahawa Shah Rukh Khan suka mengusik isterinya, Gauri, dan juga tidak pernah melepaskan peluang untuk memujinya. 



Semasa episod itu, Karan Johar dapat dilihat berbual dengan Maheep Kapoor dan Gauri Khan, dan dia mula bercakap mengenai pelakon, Shah Rukh Khan. Karan menceritakan satu kejadian mendedahkan bahawa Shah Rukh Khan pernah beritahunya yang isterinya, Gauri Khan satu-satu ahli dalam keluarganya yang berpendapatan tinggi semasa pandemik. Mengulas lanjut mengenai perkara yang sama, Karan menyatakan:


"Pada hari yang lain, Shah Rukh Khan telah membuat saya ketawa dengan sesuatu perkara. Katanya, sejak kita dilanda wabak ini, satu-satunya ahli keluarga yang menjana wang di rumah ini ialah Gauri. Ada seorang akauntan bertauliah menelefonku berkata 'Mengapa anda tidak belajar sesuatu daripada isteri anda, dia adalah satu-satunya ahli yang menguntungkan di rumah anda.'



Mereka menggelarkan Shah Rukh Khan 'Best Hubby Ever', dan isterinya, Gauri Khan sangat cinta kepadanya. Sebaik sahaja Karan Johar menceritakan kejadian itu, Gauri datang untuk membela suaminya dan berkata:


"Dia memang suka mengatakan semua perkara ini. Dia suka mengusik-ngusik saya sedikit. 



Sumber: Bollywoodshaadis

Post a Comment

0 Comments