"Syukur, Ustazah Asma Harun Merawat Dan Menghiburkan Hati Saya" - Ifa Raziah

 


Alhamdulillah hanya ucapan syukur yang dipanjatkan oleh Ifa Raziah atas kedatangan pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun ke pejabatnya pagi semalam.  Pertemuan ini menjadi titik tolak untuk mengeratkan semula hubungan sillaturahim selepas ada isu Ustazah Asma Harun menegur Ifa Raziah.


Semoga pertemuan ini menjadi titik mula bagi Ifa Raziah menuntut ilmu agama bersama Ustazah Asma Harun. 


Kata artis yang memiliki suara yang lunak dan merdu itu, beliau beberapa kali ingin berjumpa dengan Ustazah tetapi sibuk dengan kerjanya akhirnya dapat ditemukan dengan Ustazah sangat terharu dan bersyukur akhirnya dapat bertemu Ustazah. 


Menurut Ifa, "walaupun sejak kebelakangan ini, netizen mencemuhnya dengan gelaran pelacur, iblis, setan dan ada yang mendoakan saya mati tetapi Allah hadirkan insan istimewa ini merawat dan menghiburkan saya", ujarnya. 


Kredit : Ifa_Raziah

Post a Comment

0 Comments