Bapa Dina Nadzir Meninggal Dunia

 


KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyampai radio Sinar, Dina Nadzir meninggal dunia, pagi ini.


Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Instagram Sinar_my.


“Salam takziah buat @dinanadzir atas pemergiaan ayahandanya, Haji Mohd Nadzir Bin Haji Gulam Kadir yang telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 8.10 am tadi (23 Oktober 2022) ditemani anak-anak dan orang terdekat yang amat menyayanginya. Al-Fatihah,” tulis hantaran berkenaan.


Meninjau ruangan komen, warga maya turut berduka dengan berita pemergian Allahyarham dan menitipkan ucapan doa dan takziah buat seluruh keluarga Dina Nadzir.



Post a Comment

0 Comments