9 Tahun Mat Deris: Ahmad Busu Meninggal Dunia

 


Ahmad Busu merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang cukup popular di era 1990an. Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT)2+1 dan Camni Camtu.

Mohon Aminnkan Doanya Saudaraku

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu 

Pada hari ini ditahun masihi 10/11/2013 - 10/11/2022, genap 9 tahun Seniman Ahmad Busu kembali ke Rahmatullah Rahmatullah Pada hari Ahad jam 7.05 malam, 7 Muharram 1435H di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana angin ahmar ketika berusia 60 tahun

Jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Kg Sungai Sireh Pelabuhan Klang Selangor

Allahyarham yang berasal dari Taiping, Perak telah berkecimpung di dalam bidang seni sejak tahun 1978 melalui pementasan teater dan mula dikenali melalui watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan merupakan sitkom yang terpanjang pernah dirakamkan di Malaysia

Pada Tahun 1997 Allahyarham telah dianugerahkan "Pingat Pekerti Terpilih" (PPT) oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Sultan Perak Darul Ridzuan

Saudaraku

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam;
"Adapun hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang mati ialah mohon istighfar (keampunan) kepada Allah untuk mereka dan bersedekah atas nama mereka".
(HR. Ad-Dailami)
.
Ayuh sama2 kita aminkan doa ini buat Allahyarham Dan seluruh muslimin Serta muslimat yg telah meninggal dunia, mudah mudahan Bila tiba waktu kita MATI nanti, ada insan lain yg mendoakan kita.
.
"Ya Allah, Ampunilah saudara kami "Ahmad Busu" serta seluruh muslimin dan muslimat yg telah meninggal dunia, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya".
(HR Muslim)

Aminnnn ya rabbal a'lamin

Post a Comment

0 Comments