Belum Sampai Setahun Kahwin, Pengantin Maut Rempuh Treler

 


GERIK – Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya merempuh sebuah treler di Kilometer 28, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Kupang dekat kawasan rehat dan rawat Bintang Hijau, di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Amirul Ahmad, 21, yang menunggang motosikal jenis SYM parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.




Difahamkan, nahas berlaku apabila motosikal mangsa melanggar bahagian sisi treler yang sedang keluar dari kawasan Rehat dan Rawat Bintang Hijau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan telefon pada pukul 6.27 pagi.

Katanya, ketika anggota tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah treler dan motosikal.

“Mangsa dalam keadaan tersepit pada sisi treler dan tidak sedarkan diri dipercayai telah meninggal dunia.




“Komander operasi mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa dengan cara menterbalikkan motosikal tersebut tanpa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa dikeluarkan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 8.05 pagi.

Post a Comment

0 Comments