"SubhanaAllah Wanita Hebat"- Tokti

 


Anak adalah penyeri rumahtangga. Sudah tentu pasangan suami isteri menginginkan zuriat selepas berkahwin bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan berumahtangga tetapi juga sebagai penerus umat manusia. 

Selepas berkahwin berapa agaknya anak yang kita inginkan? Pasti setiap pasangan mempunyai matlamat dan impian untuk mendapatkan jumlah anak yang diinginkan. Ada yang menginginkan bilangan anak sedikit, ada juga yang menginginkan jumlah yang besar. 

Pasti seronok melihat  keluarga yang besar dan ramai. Meriah sangat terutama ketika menyambut perayaan. Begitulah impian angkasawan negara kita Dr Sheikh Mudzaphar yang menginginkan jumlah anak yang ramai. 



Dr.Sheikh Muszaphar kini sudah pun mempunyai 6 orang cahaya mata. 6 orang itu boleh dikatakan ramai juga kan. Yang paling menarik, beliau mempunyai 4 orang kembar, sepasang kembar lelaki, sepasang kembar lelaki perempuan.

Seronok sangat tengok gelagat mereka sekeluarga tu. Macam-macam ragam yang mereka semua lakukan. Nasib baiklah jenis parents yang penyabar, melayan saja karenah anak-anak kesayangan mereka tu. Betul tak ? Comel je semuanya tu.




Apa yang lebih menarik, kini keluarga itu bakal menerima ahli keluarga yang baru. Dr. Halina kini sedang hamilkan bakal baby baru yang baru saja 10 minggu di dalam kandungan nya itu. Wahh, tahniah kepada keluarga ini, kita yang dapat tahu pun turut happy.





Difahamkan bahawa Dr.Halina kini sudah pun berusia 42 tahun. Risiko nya mungkin agak tinggi, tapi tidak menjadi halangan pun kepada mana-mana pasangan yang bersedia untuk menimang cahaya mata di usia tersebut. Apa pendapat korang ?





Post a Comment

0 Comments