Sambal Nyet Khairi Berdepan Dengan Tindakan Saman dan 8 Tuntutan Daripada Khairul Aming




Kebelakangan ini, tular produk sambal yang dikeluarkan oleh chef media sosial terkenal telah ditiru oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Produk Sambal Nyet Berapi daripada Khairul Aming telah ditiru dan dijenamakan semula sebagai Sambal Nyet Khairi. 


Bukan sahaja warna dan label, malahan kandungan sambal, poskad yang diberikan kepada pelanggan yang membeli sambal tersebut juga turut ditiru.


1. Logo dan Tulisan





2. Penceritaan pada label



3. Poskod produk 




Ada sebilangan pelanggan terasa tertipu dan keliru dengan membeli  sambal yang bukan dibawah jenama Khairul Aming.

   

Berikutan kes tersebut, Khairul Aming dan peguamnya telah menghantar  letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off. Ada lapan tuntutan yang telah senaraikan dan jika mereka gagal memenuhi kesemua tuntutan tersebut pihaknya akan membawa kes ini ke peringkat seterusnya. Untuk pengetahuan semua, Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021.


Oleh yang demikian, adalah satu kesalahan kepada mana-mana peniaga menggunakan logo, jenis tulisan dan label yang sama seperti yang telah didaftarkan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia. 


Khairul Aming menegaskan bahawa pihaknya sentiasa memberi sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Perbuatan meniru produk orang lain untuk menghasilkan keuntungan adalah satu kesalahan jenayah. 


Sebelum ini, Khairul Aming pernah berdepan dengan seorang peniaga wanita yang menipu dan menciplak sambal Khairul Aming pada 3 tahun lepas. Kes tersebut selesai dengan permohonan maaf daripada wanita tersebut.

Post a Comment

1 Comments