Jawapan hebat daripada UAI lepas seorang Sheikh bangun bertanya 'apa rahsia kuliah Ustaz Azhar penuh ramai orang'

Jawapan hebat daripada UAI lepas seorang Sheikh bangun bertanya 'apa rahsia kuliah Ustaz Azhar penuh ramai orang'

 


Dengan pengikut 2.5 juta di laman media sosial Facebook, Al Fadhil Ustaz Azhar terus dikenali di dalam negara mahupun luar.


Ustaz Azhar seorang yang alim dalam bidang Ilmu Fekah sering menjadi sandaran atau pertanyaan masyarakat semasa kuliah dan ceramah. 


Sama ada bab solat, bab menyucikan najis, hukum-hakam agama insyaAllah pasti dijawab beliau yang memberi jawapan kepada umum daripada kitab-kitab ulama muktabar.


Baru-baru ini Ustaz Azhar telah dijemput untuk menyampaikan kuliah di salah sebuah masjid di utara, telah bangun seorang namanya Sheikh Hamid yang ingin tahu apakah rahsia Ustaz Azhar Idrus apabila memberi ceramah sering saja ramai orang seperti dalam kuliah ini, kata Sheikh Hamid, ini semua keberkatan daripada Ustaz Azhar sendiri. Tapi Ustaz Azhar jawab tidak.


Jawapan yang dilontarkan Ustaz Azhar penuh dengan kerendahan diri, jawabnya tiada keberkatan pada diri saya melainkan keberkatan ibu bapa mereka yang melahirkan anak soleh  sehingga semua sampai ke majlis ilmu ini. 


Meninjau di ruang komen netizen berkata "MasyaAllah tawaduk sungguh orang alim dan soleh".


"Sheikh Hamid tu saja uji UAI, tapi jawapan sangat merendah diri"


"Walau Pon setiap ceramah ustaz penuh dgn lawak tetap banyak ilmu yg ustaz sampai kan dan menjawap pertanyaan2 terima kasih ustaz semoga Allah permudah kan segala urusan Dan kesehatan serta di panjang kan umur Aamiin"


"Subhanallah... Allhamdulillh UAI orang alim yg tidak riak dgn kelebihannya"


"UAI ni kalo dok bg kuliah kt dataran merdeka pon boleh penuh..👍👍👍👍"


"Allahuakhbar..  bukan jawapan meninggi diri tapi memulangkan kembali kemuliaan  kepada ibubapa jemaah yg hadir.."


"Terbaikla ustaz saya pun suka dgr ustaz berceramah terang dan jelas. Semoga Allah berikan kesihatan pd ustaz dan keluarga ustaz juga. Aamiin"

Post a Comment

0 Comments