Pencarum mengeluh dividen KWSP kurang memberangsangkan

 




KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2023.


Ia lebih tinggi berbanding 2022, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi Simpanan Syariah.



Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn pada taklimat prestasi kewangan KWSP sini, hari ini.


Dividen tertinggi yang pernah dibayar oleh KWSP ialah 8.5 peratus pada 1986, manakala dividen terendahnya ialah 5.2 peratus, dibayar pada 2020.


Orang ramai mengharapkan dividen naik lebih lagi pada tahun ini. Tapi ramai juga mengucapkan rasa syukur.




Kredit: Berita Harian




-ADVERTISEMENT-
Ads byIa lebih tinggi berbanding 2022, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi Simpanan Syariah.

Post a Comment

0 Comments