Intan, Harris sambut anak kedua

 


KUALA LUMPUR: Pelakon yang kini bergelar penerbit, Intan Ladyana, 42, selamat melahirkan cahaya mata kedua, semalam.


Berita gembira itu dikongsikan suami Intan iaitu pelakon Harris Alif menerusi Instagram.


Harris menerusi perkongsian turut berkongsi nama bayi lelaki iaitu Harris Umayr.


Bayi seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan.


Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021.


Menerusi perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja pada 2022.


Kredit: Berita Harian



Post a Comment

0 Comments