Itu muka saya yang cuak - Siti Nurhaliza





KUALA LUMPUR: "Janganlah ambil serius sangat... Saya tak marah pun."


Itu penjelasan Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila ramai menyangka dirinya sedang marah ketika bersiap memasuki pentas pada Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil, bulan lalu, yang tular dalam media sosial, sejak semalam.


Menjelaskan situasi sebenar detik itu, Siti berkata, ada 1,001 cerita di belakang tabir acara dengan hanya mereka yang terbabit dengan persembahan sahaja yang tahu apa yang berlaku terutama dalam aspek teknikal.


"Saya tidak sangka pula momen belakang pentas pada rakaman Konsert Sebuah Epitome - Saya Siti Nurhaliza mendapat perhatian dan dijadikan berita serta dikongsi.


"Ada yang kata saya marah (reaksi dan mimik muka dalam video itu tanpa suara). Janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun.




"Itu muka saya cuak atau cemas, anda boleh tengok berapa saat sahaja. LED itu akan terbuka dan saya kena menyanyi. Bayangkan kalau 'ear monitor' yang saya pakai tak dibuka (dihidupkan)?


'Ear monitor' sangat penting kepada seseorang penyanyi untuk mendengar suara dan muzik," katanya dalam penjelasan yang dikongsi di Instagram (IG).


Melalui hantaran itu, Siti memuat naik video dalam versi penuh bagi mengelak timbul lebih banyak spekulasi.


Video: 


"Saya benarkan video itu disiarkan Astro sebab saya tahu, ada peminat mahu menonton situasi di belakang pentas.




"Saya tidak marah pun... Itu nada suara saya yang mahu pastikan 'ear monitor' saya dibuka dengan segera. Saya berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan penonton," katanya.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments