"Kami memang nak ke rumah Ruhainies malam itu' - Risteena

 


Kuala Lumpur: Pelakon, Risteena Munim tampil membersihkan nama adiknya, Ruhainies dengan memuat naik semula tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara mereka berdua pada malam sebelum kejadian adiknya itu disyaki berkhalwat dengan Aliff Aziz.


Menerusi tangkap layar yang dikongsikan itu, Risteena menunjukkan perbualan bersama Ruhainies mengenai perbincangan mereka untuk makan bersama.


Katanya, dia terlambat ke rumah adiknya itu disebabkan kesesakan jalan raya seperti dimaklumkan Ruhainies.


"Ya saya sepatutnya berada di sana bersama mereka, tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.


"Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 malam. Isu jam 3 pagi Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) datang ke rumah adalah tidak benar," katanya.


Dalam masa sama, Risteena turut menegaskan dakwaan Ruhainies dan Aliff ditahan Jawi pada jam 3 pagi adalah tidak benar.


Menurut Risteena, Jawi tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11 malam.


"Jam 11 (malam) Jawi dah sampai di rumah bukan 3 pagi. Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Aliff dan Ruhainies juga sedar mengenai khilaf mereka dan sudah memohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka.


"Kebetulan malam itu memang rancang ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk," katanya.


Malam tadi, Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil menjelaskan insiden kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Sabtu lalu.

Post a Comment

0 Comments