Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

 


Putrajaya: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, bagaimanapun keadaan terkawal dan selamat.


Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku 1.30 pagi melibatkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.


"Pihak polis telah kenal pasti identiti suspek dan lancarkan operasi mengesannya yang dipercayai telah melarikan diri ke (arah) utara," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Beliau berkata, kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.


"Siasatan lanjut polis mendapati lelaki itu sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ dan sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.


"Bagaimanapun tembakan berkenaan terkena seorang individu mengakibatkan mangsa cedera parah, manakala suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya.


Hussein berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.


Berita berkaitan: Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Berita berkaitan: Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Berita berkaitan: 'Doakan pengawal peribadi saya'

Post a Comment

0 Comments