“Kembar terpisah ke ni?” – Netizen Teruja Tengok Pelancong China Mirip UAI Bercuti Di Pulau Redang

 



Biasa kita tengok ada beberapa orang yang memiliki wajah seiras ataupun pelanduk dua serupa walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah.


Kalau tak sama secara keseluruhan, mesti ada beberapa anggota wajah yang mungkin menyebabkan mereka nampak serupa.


Satu hantaran video di TikTok telah tular baru-baru ini menampakkan seorang lelaki warganegara China yang dilihat sama seperti salah seorang penceramah terkenal Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus. Pelancong itu dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Redang, Terengganu.


Nampak je sama tapi bukan dia. UAI versi China – kapsyen video


@shamsulzahari90 Nampak je sama tapi bukan dia 😂 uai versi china 😆 #redangisland🏝️ ♬ Nas Teshbehlena - Maher Zain


Kalau korang tengok betul-betul, bahagian mata, hidung, bentuk muka serta jambang memang mirip dengan Ustaz Azhar Idrus. Bukan itu sahaja, lelaki warga China berkenaan turut memakai kopiah membuatkan dirinya tampil seperti penceramah terkenal itu.


Memang nampak sama!

Video yang dikongsikan oleh @shamsulzahari90 ternyata mendapat perhatian netizen di TikTok. Mereka mendakwa lelaki tersebut bukan sahaja sama dari segi wajah namun cara dia berjalan juga sama seperti UAI.


Lebih teruja, ‘kembar seiras’ Ustaz Azhar Idrus itu dipercayai baru selesai melakukan aktiviti snorkeling bersama isterinya di pulau tersebut.



Selain itu, seorang pengguna TikTok juga bersetuju dengan dakwaan orang ramai kerana sudah melihat pelancong tersebut secara depan-depan.





Ada juga netizen yang ingin mencari lagi lima orang individu lain yang wajah mereka mirip dengan UAI.






Tengok sekilas memang sama! 


Sumber: Lobak Merah

Post a Comment

0 Comments