"Makan ubi kayu ganti beras" - Johari Abdul

 

Foto: Astro Awani

'Makan Ibu Kayu Ganti Makan Nasi' itu saranan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebagai alternatif sementara menunggu Beras Putih Tempatan (BPT) selesai.


Katanya, rakyat Malaysia harus melihat alternatif lain jika beras itu menjadi satu isu, misalnya ubi kayu sekarang dah menjadi satu supplement (makanan tambahan), di mana ia punya kandungan gula jauh lebih rendah berbanding gula yang berada dalam beras.


"Saya berbincang dengan Mp-Mp di Sarawak mereka banyak tanam ubi kayu, saya rasa Sarawak boleh jadi negeri berjaya dengan keluaran dan makanan  ubi kayu".


Mengulas lanjut katanya, alternatif itu boleh dijadikan jalan keluar dari kepompong sedia ada termasuk tidak biarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara. 


"Kita mempunyai tanah yang besar sekarang kena berani mencuba, pernah ada satu tahun itu kerajaan menghabiskan duit sejumlah yang banyak kira-kira RM60 billion untuk mengimport makanan dari luar, kebergantungan kita pada makanan luar sangat hebat".


Sumber: Astro Awani

Post a Comment

0 Comments