Pemain Manchester United bakal sarung jersi Harimau Malaya?

 


Siapakah Ethan Wheatley?


Ethan Wheatley adalah pemain bola sepak professional untuk pasukan Manchester United bawah-18.


Pemain akademi manchester United, Wheatley kini menduduki tempat teratas untuk penyerang terbaik bawah-18. Beliau telah berada dalam senarai penjaring gol  musim ini, baru-baru ini dia telah menarik perhatian Erik ten Hag dengan empat gol dalam satu perlawanan.


Remaja itu adalah penyerang yang berskil tinggi, mampu memegang bola dan turn dengan cepat di dalam kotak penalti, serta dia mampu menjaringkan gol dengan kedua-dua kaki. Ini adalah keberuntungan buat United dalam pasaran sekarang.


Berapa umur Ethan Wheatley?


Ethan Wheatley dilahirkan pada 19 Januari 2006 - yang menjadikannya sekarang berusia 17 tahun.


Beliau dilahirkan di Stockport, Manchester, England.


Apakah posisi yang dimainkan oleh Ethan Wheatley?


Ethan Wheatley adalah seorang penyerang. Dia adalah seorang yang digeruni di barisan serangan, dengan fizikal yang gagah berbanding usianya.


Dengan rentak dan keupayaan teknikal yang tinggi mampu membuat pertahanan lawan mimpi ngeri.


Dalam pada itu..


Pemain Akademi Manchester United Ethan Wheatley menafikan dakwaan yang mengatakan dia mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.


Pemain berusia 18 tahun yang dilahirkan di Stockport itu berkata laporan mengaitkannya dengan Malaysia dan juga Indonesia adalah tidak benar.


"Saya tidak mempunyai darah Malaysia. Laporan itu salah, saya bukan warga Malaysia atau Indonesia," kata pemain yang beraksi di bahagian serangan itu.


Nama Wheatley mula menjadi perbincangan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, selepas laman pencarian bakat mendakwa dia mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor.


Wheatley menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama United pada Januari, berikutan prestasi mengagumkan dan berjaya menarik perhatian pengurus pasukan Erik ten Hag, selepas dipanggil berlatih bersama skuad utama pada Februari.


Dia kini menjadi tonggak utama skuad bawah 18 tahun United dan dilaporkan membuat beberapa penampilan bersama skuad bawah 21 tahun The Red Devils.

Post a Comment

0 Comments