Penduduk Masjid Aolia sambut 1 Syawal hari ini melalui arahan pemimpin masjid yang kononnya memiliki ilmu laduni

 



Indonesia - Masyarakat disekitar Kapanewon Panggan Gunungkidul telah menyambut 1 Syawal lebih awal daripada umat Islam seluruh dunia. 


Solat Hari Raya Aidilfitri penduduk tersebut telah berlangsung pada hari Jumaat (4 Mei 2024). Mereka telah bersembahyang di Masjid Aolia dan masjid- masjid di sekitarnya. 


Pemimpina masjid Aolia yang bernama Mbah Benu yang dikatakan memiliki ilmu Laduni telah memutuskan 1 Syawal jatuh pada hari ini. Para pengikutnya yang mencecah ribuan orang mempercayai apa yang disampaikan oleh Mbah Benu dan menyambut 1 Syawal dengan gema takbir hari Raya. 


Menurut menantu Mbah Benu, Daud "semua keputusannya kami ikuti, kerana dia lebih tahu", ujarnya. 


Video: 





Kredit: News Okezone TV, Video Amazing Nara

Post a Comment

0 Comments