Lebih separuh umur dihabiskan duduk luar negara, ramai terkejut Michelle Yeoh masih pandai cakap Bahasa Melayu



Tan Sri Michelle Yeoh atau nama sebenarnya  Yeoh Choo Kheng (61 tahun) bintang Hollywood terkenal ini  berasal daripada Ipoh, Perak. 


Baru-baru ini beliau telah dinobatkan sebagai penerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) iaitu Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden AS, Joe Biden pada majlis rasmi di Rumah Putih di sini, hari ini.


Pingat itu diberi atas kejayaan bintang berusia 61 tahun itu muncul warga Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, tahun lalu, lapor agensi.



Pada upacara penyampaian pingat itu, Biden berkata, Yeoh berjaya memecahkan dinding stereotaip lalu mempertingkat dan memperkaya budaya AS.


"Peranan Yeoh mengatasi jantina, budaya dan bahasa. Daripada seni bela diri hingga komedi romantis, sains fiksyen, semuanya menunjukkan persamaan yang kita semua miliki.


Michelle Yeoh kini telah menetap di luarnegara bersama suaminya Jean Todt. Walaupun begitu, Michelle tetap pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya di Ipoh. 

Walaupun, beliau sering muncul di dalam filem antarabangsa dan bercakap dalam Bahasa Inggeris, namun beliau tetap fasih berbahasa Melayu. 


Dalam satu video rakamannya di Sabah, beliau telah menggunakan Bahasa Melayu untuk bercakap dengan penduduk kampung. 

VIDEO: 

Ramai berasa kagum dan menganggap Michelle Yeoh tidak lupa dengan jati dirinya sebagai orang  yang lahir di Malaysia. 

"Ingatkan Michelle Yeoh tak pandai cakap Melayu" - ZainRider

"Wah.. hebatlah..pandai ckp Melayu rupanya" - Ani Bintan

"Ini baru tak lupa tmpt asal, yang hairan dari kecik kat Malaysia, tp tak pandai ckp bhasa Melayu, malu oii.."- Brian

Semoga Tan Sri Michelle Yeoh terus cemerlang dalam bidang seni antarabangsa.








Post a Comment

0 Comments