“Tak payah bawak kad dah” – Ini Sebab Kenapa Ramai Singgah PETRONAS Musim Raya Kali Ni

 



Setiap kali hari raya, pastinya ramai akan pulang ke kampung halaman dan tak kurang juga yang akan melakukan kunjungan ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Untuk tahun ini, kelihatan tradisi ini masih diteruskan tanpa mengira usia dan lokasi.


Bila dah sakan berjalan tu, pastinya akan ada yang berhenti untuk mengisi minyak atau untuk mereka yang melakukan perjalanan jauh, akan singgah di mana-mana lokasi seperti R&R untuk berehat mahupun meregangkan badan.


Salah satu ‘lokasi’ yang menjadi pilihan ramai tahun ini pastinya stesen-stesen minyak PETRONAS yang ada jalankan kempen ‘Mesrakan Perjalananmu’ bermula sebelum Ramadan sehinggalah 15 Mei 2024 nanti.


Ye, korang tak tersalah tengok! Kempen Mesrakan Perjalananmu ini tawarkan hadiah bernilai sehingga RM375,000!


Jom kita tengok macam mana korang boleh cerahkan lagi peluang untuk menang melalui video ini :


Langkah pertama dan paling penting, korang kena singgah di stesen PETRONAS dulu lah dan ada 3 cara untuk melayakkan korang untuk sertai peraduan tersebut iaitu :


🎇 Isi minyak RM40 di stesen

𝗔𝗧𝗔𝗨

🎇 Belanja RM10 di Kedai Mesra

𝗔𝗧𝗔𝗨

🎇 Belanja RM10 di aplikasi Setel ​


Korang berpeluang untuk menang pelbagai hadiah termasuklah hadiah utama bernilai RM15,000 untuk 10 orang pemenang dan hadiah bulanan berupa setahun minyak percuma untuk 20 pemenang, wang tunai RM5,000 untuk 20 pemenang, 10,000 mata ganjaran Mesra untuk 250 pemenang dan juga baucar Setel bernilai RM250 untuk 160 pemenang.




Apa yang best dan menarik tentang kempen Mesrakan Perjalananmu PETRONAS ni ialah sangat mudah untuk sertai. Korang beli jajan atau isi minyak sahaja pun dah layak, cuma kena belanja nilai yang tertera dan PALING PENTING, jangan lupa untuk masukkan nombor telefon di pam sebelum mengisi minyak atau gunakan sahaja aplikasi Setel!


Kenapa min yakin ramai yang gunakan PETRONAS semasa musim perayaan kali ini ialah kerana pengguna boleh menerima mata ganjaran Mesra tanpa perlu kemukakan kad Mesra tersebut! Sekarang ni, cuma masukkan sahaja nombor telefon di pam atau sebutkan nombor pada juruwang apabila membeli barangan di Kedai Mesra untuk menerima mata ganjaran.


Jadi, sekiranya korang ada roadtrip raya nanti, jangan lupa #SinggahDulu di PETRONAS. Lagi banyak korang berbelanja lagi tinggi peluang untuk menang!


Sumber: Lobak Merah

Post a Comment

0 Comments