(VIDEO Rakaman CCTV) Anak pempengaruh terkenal didera pengasuh lebih 30 minit sehingga menimbulkan kesan trauma yang teruk

 


Sebuah kes penderaan kanak-kanak sedang tular di negara jiran berikutan tersebarnya rakaman CCTV dan gambar seorang kanak-kanak berusia 3 tahun telah did*ra oleh pengasuh di rumahnya.


Kanak-kanak tersebut merupakan anak sulung pasangan pempengaruh terkenal yang telah ditinggalkan dengan pengasuh selama dua hari di rumahnya Malang, Indonesia.


Ibu bapa Jannah


Rakaman litar tertutup menunjukkan Jannah, 3 tahun telah dip*kul, dic*bit dan dit*ndih serta rambutnya dit*rik oleh pengasuh. Jannah berusaha melarikan diri tetapi gagal kerana bilik telah dikunci. Malahan menurut pengakuan pengasuh, dia telah membaling beberapa buah buku ke arah Jannah. 


Rakaman CCTV

Rakaman CCTV

Pada hari kejadian, Jannah telah ditinggalkan untuk dijaga oleh pengasuhnya selama dua hari berikutan ibu bapanya telah bertolak ke Jakarta atas urusan kerja.


Keadaan menjadi tidak terkawal apabila pengasuh mengatakan dia terlalu marah dengan Jannah disebbabkan anak asuhannya tidak mahu diberikan ubat atas kesan cakaran yang ada dibadanya.  


Pengasuh telah mengunci bilik, dan mend*ra Jannah tanpa henti selama lebih 30 minit. Malahan aksi pend*raan tersebut berjaya dirakam di CCTV rumah. Pengasuh tidak membenarkan Jannah keluar daripada bilik dan hanya memberinya sekali makan sehari. 


Setelah timbul kesan l*bam di bahagian muka Jannah, pengasuh menjadi panik dan dia memberitahu kepada pengasuh dan pembantu lain yang juga berada di rumah tersebut untuk membawa Jannah ke hospital. Menurutnya, Jannah terjatuh dan terkena bucu buku di lantai. 




Pengasuh lain telah membawa Jannah ke hospital dan menelefon majikan mereka yang berada di Jakarta. Pasangan tersebut berasa terkejut dengan keadaan anak mereka dan bergegas pulang ke Malang. 


Pengasuh atau suspek yang berusia 27 tahun itu telah bekerja dengan pasangan tersebut selama setahun. Menurut ibu mangsa, sebelum ini dia melihat ada kesan l*bam di badan anaknya tetapi tidak mengendahkannya kerana bersangka mungkin disebabkan anaknya  terjatuh.


Selain itu, sikap pengasuh yang sangat sopan, lemah lembut dan terlihat tenang menyebabkan pasangan tersebut tidak mengesyaki apa-apa pada awalnya. 


Suspek seorang janda berusia 27 tahun


Suspek telah ditahan polis atas kesalahan mendera kanak-kanak yang akan memperuntukkan penjara selama 5 tahun. 

Video: 



Ramai netizen menyalahkan pasangan tersebut kerana tidak menjaga anak mereka sendiri dan diserahkan kepada pengasuh. Namun, pasangan tersebut menyangkal kerana mereka meninggalkan anak kepada pengasuh atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. 


Selain itu, pengasuh  tersebut diambil bekerja daripada syarikat terkenal dan pasangan tersebut menyangka pastinya mereka memiliki pengalaman dan kemahiran yang baik dalam mengasuh anak. 










Post a Comment

0 Comments