Dapat tahu suami kahwin lain, isteri berang potong kemaluan suami ketika tidur




Kehidupan berumahtangga tidak lari daripada pelbagai ujian terutama melibatkan orang ketiga. Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita bernama Yati (bukan nama sebenar) berusia 33 tahun  dari Bayung Lencir, Kabupaten Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, Indonesia. 


Wanita tersebut menyerahkan diri ke balai polis dan mengakui kesalahanya memotong kemaluan suaminya pada hari Jumaat pukul 5 pagi. 


Menurut kronologi kejadian yang diceritakan oleh Yati, suaminya berusia 35 tahun telah pulang ke rumah dan memberitahu telah berkahwin lagi tanpa persetujuan wanita itu. 


Mereka sempat bergaduh pada malam tersebut. Sang suami memujuk isterinya untuk menerima madunya disebabkan wanita itu telahpun hamil. 


Memikirkan tiga orang anak mereka yang masih kecil, Yati beralah kemudian menelefon madunya  dan terpaksa menerima pernikahan baru suaminya. 


Mereka kemudian ke bilik tidur dan sempat bermaafan dan melakukan hubungan intim sebelum tidur. 


Pada waktu subuh, Yati bangun dan melakukan runtin harian seperti biasa, mandi, solat dan ingin membuka kedai runcitnya. 


Semasa di kedai runcit, Yati menangis tersesak-esak dan masih tidak menerima pernikahan baru suaminya. 


Tiba-tiba dia ternampak pisau dan kemudian pulang ke rumah sambil mengenggam pisau ditangan. Melihat suaminya yang masih tertidur nyenyak di atas katil tanpa berlengah, Yati terus memotong kemaluan suaminya menggunakan pisau tersebut.  


Selepas terpotong habis, suaminya terbangun dan terkejut darah memancut keluar dan kemaluannya telah tiada. 




Sang suami sempat mengejar Yati ke ruang tengah dan ke dapur  sambil menjerit 


"Bunda tega sama ayah"


Suami Yati berlari ke rumah orang tuanya untuk meminta petolongan. Yati kemudian bergegas mengambil duit dan  barang peribadinya kemudian melarikan diri.  Yati juga sempat meninggalkan anak-anaknya di rumah jiran. 


Beberapa hari kemudian Yati telah menyerah diri ke balai polis terdekat. 


Post a Comment

0 Comments