KERETAPI Tanah
Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik garis panduan perkhidmatan sewaan
khasnya (Charter Train).
Pihaknya memaklumkan akan memastikan pihak penyewa
mematuhi syarat ditetapkan oleh KTMB.
"Peranan KTMB adalah sebagai penyedia
perkhidmatan di keseluruhan tren dan koc mengikut permintaan pelanggan. Bagi
aktiviti yang ditentukan oleh pelanggan, mereka perlu mengikut garis panduan
dan terma yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
![]() |
Tangkap layar video memaparkan suasana di acara hiburan Pinkfish Express yang berlangsung di dalam sebuah tren milik KTMB baru-baru ini.
Ia susulan kontroversi penganjuran pesta
hiburan sempena ulang tahun 'Pinkish Festival' di tren sewaan khas yang membuat
perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah pada 16 Mei
lalu.
Katanya, KTMB telah menetapkan syarat seperti
larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan sebarang aktiviti yang boleh
melanggar undang-undang.
"Syarat ini telah dipersetujui dan dipatuhi oleh
pelanggan kami," katanya.
KTMB juga menyatakan bahawa ia telah memperkenalkan
perkhidmatan kereta api sewa sejak September 2021 untuk syarikat atau individu
yang berminat untuk menyewa kereta api khas.
"Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan
dan telah disewa khas oleh kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC),
syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta persatuan," tambahnya.
Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan
sebuah acara hiburan yang difahamkan berlangsung di gerabak milik Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak Sabtu.
Menerusi beberapa foto dan klip yang tersebar di
media sosial memaparkan suasana pengunjung yang dilihat menari sambil mendengar
lagu yang dipasang oleh DJ di dalam tren yang sedang bergerak.
Menurut laporan media, acara tersebut itu merupakan festival hiburan pertama di Asia Tenggara yang diadakan di atas kereta api.
Sumber: Majoriti
0 Comments