Pelajar tahun 1 bagi gelang Habib Jewels hadiahkan untuk 10 cikgunya sempena Hari Guru

 

Sempena Hari guru Hafy Hadeef beli gelang Habib Jewels 10 orang gurunya

Seorang kanak kanak 7 tahun telah menghadiahkan 10 orang guru kesayangannya dengan barang kemas Habib Jewels pada Hari Guru 2024.


Hadiah mewah tersebut adalah pemberian ikhlas sempena Hari Guru yang disambut di seluruh negara pada 16 Mei 2024.


Sudah menjadi satu kebiasaan anak murid akan memberikan hadiah kepada guru mereka sebagai tanda terima kasih di atas jasa seorang guru mereka.


Kanak kanak bernama Hafiy Hadeef itu telah memilih untuk memberikan gelang Habib Jewels kepada 10 orang gurunya.


Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Nurashikin Din di TikTok yang menunjukkan kanak kanak berusia 7 tahun itu bersama ayahnya ke kedai barang kemas Habib untuk membungkus hadiah.


Dalam kapsyennya, Nurshikin menulis: “Hadiah Hari Guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah yang disayangi, 10 orang gurunya.


“Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah Hari Guru Hafiy cantik cantik.”


@nurashikindin Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version - sped up 8282


 Di ruangan komen netizen benar benar terkejut dan tidak sangka seorang murid akan menghadiahkan guru mereka barang kemas Habib Jewels pada Hari Guru, bukan seorang tetapi untuk 10 orang.


Ada yang menulis: “Saya tak kerja sekarang, kalau saya mampu, saya akan buat macam ni.”


Nurashikin turut menyatakan agak sukar untuk mencari hadiah untuk cikgu anak sulungnya, kerana banyak jenama yang berada dalam senarai boikot.


Seorang lagi bertanya: “Bukan adik ni ke viral sebab beg smiggle dulu?”


Ibunya membalas: “Itu abang dia.”


Seorang cikgu kemudian masuk memberikan komen: “Saya dah pesan kepada anak murid saya. Jangan bagi hadiah dekat saya dulu kalau tak mampu, cukuplah dengan belajar rajin rajin. Sebab saya mengajar di sekolah kampung, dan takut susahkan waris. Lagipun mereka dah banyak berhabis duit membeli buku kerja. Harap mereka berjaya.”


Post a Comment

0 Comments