Ramai teruja melihat salasilah keluarga arwah AR Tompel



Aman Ramlie bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A. R. Tompel (24 Oktober 1918 – 30 Januari 1973) merupakan seorang pelakon filem Melayu bersama dengan P. Ramlee dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi dan Anak Bapak.



A.R. Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramlie bin Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, A. R. Tompel sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.



Seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu twit tentang perkongsian kisah hidup Allahyarham AR Badul.





Untuk makluman, arwah mempunyai seramai 18 orang anak hasil perkahwinan dengan enam orang isteri yang mana salah seorangnya merupakan Saloma sendiri.




Namun rupa-rupanya ramai yang tidak mengetahui tentang fakta berkenaan kerana kebanyakannya hanya tahu bahawa Saloma hanya pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.



Banyak respond yang diterima oleh pengguna Twitter yang mana mereka turut teruja membaca salahsilah keluarga arwah.







Jejak beliau kini diteruskan oleh anaknya, Armaya Aman Ramlie (A. R. Badul), Adlin Aman Ramlie, Amran Aman Ramlie (Amran Tompel), Armali Aman Ramlie, Dicky Aman Ramlie, Azman Aman Ramlie, Roslan Aman Ramlie, Azlan Aman Ramlie dan Anuar Aman Ramlie. Beliau juga mempunyai 9 anak perempuan dan seorang anak lelaki bersama Azizah Ismail.




Dalam masa yang sama, arwah turut pernah berkahwin dengan Ruminah Sidek yang juga merupakan pelakon kegemaran ramai.



Menarik juga salah silah keluarga ni kan, pusing-pusing rupa-rupanya kebanyakan anak-anak Allahyarham AR Tompel memilih kerjaya sebagai pelakon mengikut jejaknya.


Sumber foto: Twitter


Baca juga: Raja Azura kembali bergelar isteri, kongsi wajah suami

Baca juga: 9 tahun ceria sedondon, baju Hello Kitty ‘terakhir’ cetus tanda tanya! Tahun ni suami dah menghilang?

Baca juga: Dapat tahu suami kahwin lain, isteri berang potong kemaluan suami ketika tidur

Baca juga: "Patutla lama tak nampak 'Ayah Maliki', dah meninggal dunia sebab sakit tua"


Post a Comment

0 Comments